Tinggal 3 hari sebelum pengundi Kuala Besut turun menunaikan tanggungjawab memilih wakil dari parti mana yang difikirkan layak untuk menjadi ADUN di kawasan tersebut, BN atau PAS (Pakatan Rakyat).
Agak kesal terpaksa menulis Pakatan Rakyat di dalam kurungan kerana sehingga sekarang tidak ada perkembangan sama ada Pakatan Rakyat ini akan didaftarkan atau tidak.
Tapi itu cerita lain kalilah, hari ini aku lebih berminat nak mengulas kedudukan PAS di DUN Kuala Besut ini yang mana setakat ini masih lagi jauh ketinggalan berbanding BN.
Petanda yang menjurus kepada keadaan itu boleh dilihat pada mana-mana ceramah yang diadakan PAS, termasuk yang dihadiri pemimpin-pemimpin utama mereka, kosong tidak ada sambutan.
Ini diburukkan lagi dengan arahan agar pimpinan tertinggi mengelak dari menghadiri ceramah yang tidak ramai orang. Itulah kesnya bila beberapa ceramah yang melibatkan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa lagi dibatalkan semalam.
Sementara, Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang yang 'hilang' sejak permulaan kempen, muncul semalam, meneruskan ceramah bersama-sama Leman Raja Lawak. Hadi datang pun, tak sampai 50 orang yang hadir, gambar diatas dan dibawah ini adalah buktinya.
Aku diberitahu Hadi teruskan juga ceramah sebab selain 'qada' kehilangannya sejak penamaan calon minggu sudah, malam semalam memang tidak ada ceramah yang penuh, lari mana pun tak guna juga.
Itu masa Hadi tengah berceramahlah tu.
Jadi apa masalahnya, dimana silapnya sampai begitu sekali keadaan? Adakah benar dakwaan bahawa PAS semakin hilang sokongan dari orang Melayu seperti mana keputusan dalam PRU13 bila mana PAS bukan setakat hilang 2 kerusi berbanding 2008, tapi turut kehilangan negeri Kedah.
Sebab aku tanya soalan itu setelah melihat jentera PAS yang begitu hebat bergerak, dibantu jentera mahasiswa dari GAMIS, Royalti dan lain-lain, tapi masih gagal menarik orang untuk datang beramai-ramai ke ceramah yang diadakan pada sebelah malam.
Atau dakwaan jentera Terengganu sudah 'hijack' semula program kempen dari jentera PAS Kelantan sehingga berlaku kejadian memulau ceramah? Malah aku dapat info dari markas PAS, 'war room' di sana jangka PAS akan kalah lebih 3,000 undi, berbanding 2,434 undi dalam PRU13 yang lepas.
Betul ke tu? Kalau betul ini satu 'kemaluan' terbesar pada PAS dan seolah-olah membenarkan dakwaan bahawa calon Endut@Azlan Yusof atau Che Long ini memang betul tidak boleh di pakai.
Padanlah ceramah kosong, rupanya PAS sendiri pun tidak yakin menang.
Cuma, diharap dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula malam ini dan Azhar Idrus malam besok mampu mengubah keadaan yang semakin layu-layu ni. Kalau ini pun gagal nak tarik orang datang, aku ingat PAS boleh gulung khemahlah, tak payah buang masa.
No comments:
Post a Comment