Wednesday, July 24, 2013

PRK Kuala Besut: PAS Kalah Besar!!

SETAKAT jam ini, aku telah menerima berita yang kurang menyenangkan iaitu PAS dan Pakatan Rakyat kalah teruk dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Besut yang kempennya bermula pada 12 Julai yang lepas.

Menambah derita lagi, majoriti yang diraih BN juga meningkat daripada 2,434 undi pada PRU13 kepada 2,601 undi (keputusan tidak rasmi).  Memang peningkata undi itu tidak banyak, 167 undi sahaja tapi perlu ingat peratus keluar mengundi kali ini hanya sekitar 79% berbanding PRU13, 87%.

Kurang orang keluar mengundi tapi majoriti undi BN bertambah, apa maksudnya tu?

Maksudnya, memang benarlah calon yang ditampilkan PAS kali ini, Endut@Azlan Yusof merupakan satu kesilapan terbesar PAS.  Dari awal aku dah katakan, pemilihan calon ini silap, sepatutnya dikekalkan sahaja calon wanita yang tewas dalam PRU13 yang dulu, Napisah Ismail.

Azlan ini banyak masalah, maksud aku masalah yang boleh dijadikan modal politik untuk pihak musuh menghentam Pakatan Rakyat.  Itu tak keluar lagi cerita dia jadi lintah darat dengan meminjamkan wang kepada nelayan laut dalam (bot besar) yang perlu dibayar dengan faedah tertentu.

Ini sahaja dah satu kesalahan yang besar, makan faedah satu hal, jadi lintah darat, satu hal lain.

Tapi dek sebab banyak sangat campur tangan (terutama dari Kelantan), maka pencalonan Azlan diteruskan juga dan akhirnya, keputusan seperti yang kita lihat hari inilah, jatuh begitu teruk.

Aku harap semua pihak yang terlibat dalam pemilihan Azlan, perlu memikul tanggungjawab ini bersama-sama.  Jentera Terengganu yang memboikot proses kali ini dan jentera Kelantan yang terlalu berlebih-lebih itu pun patut dikenakan tindakan yang sama atas kegagalan yang memalukan ini.

Buat penat dan buang masa 2 minggu aku kat sini, cakap bukan nak dengar.  Ha, sekarang, baru padan muka.

No comments: