Friday, July 26, 2013

PRK Kuala Besut: Siasat Kekalahan Besar PAS

KEJAYAAN BN memperoleh majoriti undi yang lebih tinggi, disebalik peratus keluar mengundi yang jauh lebih rendah (berbanding PRU13) dalam pilihanraya kecil Kuala Besut yang lepas, memerlukan satu kajian mendalam dari semua pihak dalam Pakatan Rakyat.

Tidak setakat gagal menawan Kuala Besut, PAS juga tewas di semua peti undi berbanding PRU13 dimana PAS menang 2 dari 9 peti undi.

PAS sendiri tidak boleh berpeluk tubuh dan berharap perkara ini akan dilupakan rakyat begitu sahaja kerana jelas terbukti parti tersebut berada di belakang UMNO dalam soal menguasai undi orang Melayu.  Pentas PRK Kuala Besut yang dihuni 99% pengundi Melayu ini adalah bukti kepada kenyataan tersebut.

Kelihatan UMNO masih sukar digugat di kawasan Melayu dan kajian yang menunjukkan sebahagian besar kemenangan PAS dalam PRU13 yang lepas disumbangkan oleh pengundi cina, adalah benar.  Bagaimana ini boleh terjadi, inilah yang memerlukan penyiasatan yang lebih menyeluruh.

Sebab, PAS telah menyakinkan pimpinan Pakatan Rakyat bahawa parti tersebut memang mendapat sokongan kuat orang Melayu, tapi apa cerita sekarang bila di kawasan Melayu pun PAS boleh tewas?

Betul ke tidak cerita Melayu sokong PAS ni?

Jangan lupa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kecaman banyak kelompok bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat kerana kegagalan menumbangkan BN dalam PRU13 yang lepas akibat sokongan Melayu yang begitu kuat terhadap parti tersebut.  

Lebih buruk, Anwar dituduh menipu kerana sebelum itu telah beberapa kali menyakinkan masyarakat Cina bahawa PAS telah menjamin sokongan Melayu sedangkan hakikatnya jauh meleset.

Rupanya Anwar pun tersilap kerana bergantung kepada maklumat salah dari PAS mengenai sokongan Melayu terhadap parti tersebut.

PAS sebetulnya jauh ketinggalan dari UMNO dan kita tidak tahu pada waktu bila sokongan Melayu terhadap PAS melebihi sokongan Melayu terhadap UMNO.  Kalau kita tahu maklumat ini lebih awal, aku yakin PAS tidak akan diberikan lebih 70 kerusi parlimen dalam PRU13 yang lepas.

No comments: