Sunday, July 28, 2013

SUARAM Perlu Jelaskan Kenapa Jasbir Masih Disini

Sebetulnya, tidak ada apa yang baru dalam pendedahan ketua perunding projek perolehan kapal selam Scorpene, Jasbir Singh melalui temubual eksklusif dengan akhbar New Strait Times (NST) semalam.

Melainkan satu dua nama yang kita tak pernah dengar sebelum ini, rata-rata 'isi' dalam temuramah tersebut adalah isu lama yang boleh dirujuk dalam hansard parlimen dan internet.

Yang percaya, percayalah, yang tak percaya, tak percayalah.  Lagipun rakyat Malaysia bukan suka dengan fakta pun, yang penting siapa lebih pandai bercerita!! 

Cuma yang aku hairan sikit ialah, kenapa Jasbir masih disini?

Bukankah dia sepatutnya sudah ditahan oleh Mahkamah Perancis bagi membantu pendakwaan berhubung kes tersebut oleh 3 hakim negara itu seperti yang dijelaskan SUARAM dalam satu majlis makan malam, Jun tahun lepas?

Kalau aku boleh ulang kenyataan koordinator SUARAM, Cynthia Gabriel tahun lepas yang mengumumkan bahawa sapina untuk Jasbir sedang 'dalam perjalanan' kesini.

Itu tahun sudah, 2012, sekarang sudah Julai 2013, apa jenis sapina yang tak sampai-sampai lagi?

Sementara pendedahan Jasbir itu tidak begitu penting lagi sekarang, SUARAM perlu jelaskan kenapa lelaki itu masih berada di negara ini dan tidak rasa bersalah pula membuat temuramah eksklusif dengan media berhubung dengan perkara tersebut.

Kalau Jasbir memang sudah menerima sapina itu dan terlibat dengan perbicaraan tersebut, SUARAM sepatutnya mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Perancis supaya dia dipenjarakan kerana menghina Mahkamah.

Semua ini perlu dijelaskan atau rakyat makin muak dengan SUARAM yang tak habis-habis memberikan harapan palsu berhubung perkembangan kes ini di Perancis.

Aku nak ingatkan, kita (Pakatan Rakyat) ketinggalan sekarang dalam isu Scorpene ini sebelum pendedahan Jasbir lagi.  Dengan pendedahan Jasbir ini, aku ingat kita makin jauh ketinggalan.  

SUARAM pulak tak habis-habis dengan kenyataan yang tidak boleh dibuktikan secara fizikal, ini tambah menyusahkan kerja.

No comments: