KALAU ikut dari sejarah, SUARAM memang ditubuhkan jauh lebih lama dari Pakatan Rakyat, ini bukan isu. Tapi sebagai sebuah NGO yang hanya menumpu kepada isu-isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semata-mata, SUARAM tidaklah popular mana berbanding dengan Pakatan Rakyat, walaupun Pakatan Rakyat jauh 'lebih muda' dari NGO tersebut.
Malah boleh dikatakan sekarang, SUARAM bergantung kepada Pakatan Rakyat untuk terus kekal relevan dalam politik negara kita, dengan pengkhususannya mula berubah dari ISA kepada skandal perolehan kapal selam Scorpene pula.
Satu pengkhususan yang dikirakan mudah kerana ia melibatkan banyak 'permainan persepsi' berbanding fakta dan bukti.
Tapi itupun gagal dilaksanakan NGO tersebut dengan begitu banyak 'janji' dan 'perkembangan' dakwaan Mahkamah Perancis terhadap pihak berkenaan dalam negara ini, gagal membawa kesan seperti mana yang diharapkan rakyat yang percaya perolehan ini diselubungi dengan skandal.
Dengan aku salah seorang darinya.
Walhal, dalam masa yang sama sudah banyak wang yang dilaburkan Pakatan Rakyat untuk memastikan kes ini terus 'hidup' termasuk menghantar perwakilan SUARAM ke Perancis beberapa kali, tapi kegagalan SUARAM memainkan peranan yang lebih berkesan, menyebabkan semua usaha tersebut membazir begitu sahaja.
Bercakap tentang itu, aku mengambil contoh 'pendedahan' orang penting di sebalik perolehan Scorpene, Jasbir Singh Charl di dalam akhbar NST kelmarin. Sudah beberapa hari sejak temuramah eksklusif itu disiarkan tapi sehingga kini SUARAM gagal memberikan respon bagi menyanggah kenyataan Jasbir itu.
Antara fakta yang perlu dijawab SUARAM, bagaimanakah mendiang Altantunya yang hanya muncul pada 2004, boleh terlibat dalam rundingan (sebagai penterjermah) perolehan kapal selam yang telah pun selesai pada 2002?
Dan beberapa fakta lain yang disebutkan Jasbir, seperti rundingan dalam bahasa Inggeris dan dengan itu seorang penterjermah bahasa Perancis tidak diperlukan, dan sebagainya.
Maka itulah agaknya Majlis Makan Malam SUARAM pada 19 Julai lepas gagal mendapat sambutan yang diharapkan. Kalau tidak kerana 'bantuan' kerajaan Selangor dan Pulau Pinang membeli beberapa meja dalam majlis tersebut, mahu juga majlis itu gagal sama sekali.
Justeru, aku berpendapat Pakatan Rakyat perlu mula menjauhkan diri dari SUARAM.
Walaupun kita semua tahu isu Scorpene ini asalnya dimulakan Pakatan Rakyat dan SUARAM untuk menggagalkan Najib dari menjadi Perdana Menteri sejak kematian Altantunya pada 2006, tapi perkembangan semasa menyaksikan kita tidak lagi mempunyai kelebihan dalam isu ini.
Malah, aku tak malu nak sebut bahawa SUARAM bukan lagi memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat, bawak rugi lagi ada. Bela hantu raya lagi bagus. Hantu raya pun tak banyak buat onar pada tuannya pada SUARAM, lagi banyak SUARAM buka mulut, lagi banyak imej buruk terkena pada pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment