Monday, July 29, 2013

Rafizi Perlu Dedah Segera Bukti Pengerusi SPR dan Timbalannya Ada Kaitan Pembelian Dakwat Kekal

KADANG-KADANG aku kagum juga dengan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ni.  

Nak diikutkan antara ramai-ramai ahli parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen sekarang, dia inilah yang paling sibuk sekali kerana di tangannya begitu banyak tanggungjawab untuk menjelaskan pelbagai dakwaan yang dibangkitkan Pakatan Rakyat berhubung penipuan dalam PRU13 yang lepas.

Antaranya penggunaan 40,000 orang pengundi hantu dari Bangladesh yang dibawa masuk dari Sabah dan Sarawak, dakwat yang tidak kekal dan terbaru hubung kait antara Pengerusi SPR dan Timbalannya dengan pembekal dakwat kekal yang didakwa berasal dari Singapura.

Cuma masalahnya, tak tahu dia fokus yang mana satu.

Kalau ikutkan Rafizi perlu fokus kepada menjawab isu Bangladesh 40,000 orang tu.  Ini penting sebab ada kajian menunjukkan 70% rakyat Malaysia percaya pengundi hantu itu wujud.  Rafizi juga dah menubuhkan pasukan siasatannya sendiri yang dibayar gaji oleh Pakatan Rakyat untuk tujuan tersebut untuk membuktikan perkara tersebut.

Tapi yang itu belum selesai, wujud pulak dakwaan baru.

Walaupun aku tak dapat nak cari apa kaitannya cerita hubungan dalam soal pembekalan dakwat dengan penipuan dalam PRU13, tapi ia penting jugalah kerana melibatkan intergriti Pengerusi SPR dan Timbalannya.

Apatah lagi diwar-warkan bahawa Rafizi sudah ada dokumen dalam tangan bagi membuktikan perkara tersebut.

Jadi nak tunggu apa lagi, kasi dedahlah, takut siapa?  Takkan Rafizi takut saman kot, apalah sangat ada dengan saman?  Lagipun eloklah kalau di saman sebab Rafizi ada peluang untuk tunjukkan bukti berkaitan  perkara itu di Mahkamah nanti kan?

Aku yakin ramai orang nak lihat perkara ini diselesaikan cepat sebab ada isu lebih penting yang mendesak yang Rafizi perlu buktikan kepada rakyat seperti dalam kes pengundi hantu Bangladesh 40 ribu tadi.

Jadi aku desak Rafizi supaya selesaikan segera kes berkaitan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR ini, jangan jadi penakut atau tunggu sampai rakyat hilang keyakinan.

No comments: