Adat pertandingan tentu ada kalah dan menang, ini biasalah dimana-mana pun. Tidak terkecuali dalam hal ini, pilihanraya kecil Kuala Besut yang baru lepas kelmarin dimana PAS tewas kepada BN dengan majoriti yang meningkat berbanding dengan semasa PRU13 yang dulu.
Malah di antara 3 parti komponen Pakatan Rakyat, PAS yang paling 'sopan' dalam soal menerima keputusan PRU13. Sementara DAP dan PKR menolak sepenuhnya keputusan itu ke tahap nak menyaman SPR, PAS sebaliknya menerima keputusan tersebut atas alasan sudah ketentuan Tuhan, takdir dan sebagainya.
Tapi pelik di Kuala Besut, cerita sudah jadi lain.
Aku bukan apa, bimbang, sebab PAS membangkitkan isu-isu yang di dakwa dilakukan BN sepanjang kempen PRK itu, kalau diterima sebagai satu kesalahan pilihanraya, akan menyukarkan Pakatan Rakyat di masa depan.
Macam soal membayar wang balik mengundi kepada pengundi luar yang dijadikan bukti dalam Harakah semalam kononnya BN membeli undi, bukan itu satu kebodohan yang boleh membawa bencana? Setahu aku, PAS sendiri pun bayar juga pengundi luarnya, so beli undi macam mana?
Komponen Pakatan Rakyat yang lain seperti DAP dan PKR pun melakukan perkara yang sama. DAP kalau nak diikutkan mengeluarkan belanja yang lebih banyak kerana ramai pengundi parti tersebut berada di luar negara!!
Mahkamah pun dah tentukan bahawa membayar wang perjalanan balik kepada pengundi luar ini bukan satu kesalahan pilihanraya, apatah lagi wang tersebut dibayar selepas proses pengundian berakhir, bukan sebelum bermula!!
Dalam erti kata lain, tidak ada isu disitu.
Sebaliknya, tindakan sia-sia macam ini hanya mendedahkan PAS kepada kritikan masyarakat, terutama kepada pengundi luar yang menerima bayaran seperti itu sejak zaman berzaman. Pada kelompok ini, nampak sangat PAS ini hipokrit.
Dan jangan dilupakan, PAS sendiri ada mengagih-agihkan minyak motor percuma kepada pengundi Kuala Besut sehari sebelum pilihanraya pada 24hb, ini pada pendapat aku lebih jelas cubaan membeli undinya, berbanding dengan membayar wang kerana pulang balik beraya.
Jadi nasihat aku pada PAS, bijaklah sikit dalam membuat keputusan hal-hal macam ini. Jangan sampai menyusahkan rakan komponen yang lain nak menang pilihanraya.
Aku tak marah pun kalau PAS nak dakwa UMNO/BN beli undi, tapi carilah isu lain yang lebih berasas dan boleh diterima rakyat.
No comments:
Post a Comment