Tak faham betul aku dengan DAP ni yang masih buat bising bila Pendaftar Pertubuhan, RoS membayangkan bahawa pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut Disember lepas, mungkin perlu diadakan semula.
Bukankah keputusan itu nanti jauh lebih baik daripada DAP terpaksa diharamkan seperti yang dibimbangkan sangat Penasihatnya, Lim Kit Siang sebelum ini?
Lagipun kita semua perlu akui memang banyak yang tidak kena dengan keputusan CEC tempoh hari terutama dari segi perubahan keputusan yang akhirnya menyaksikan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berjaya menduduki antara 20 tempat dalam CEC, walaupun sebelum itu kalah.
Alasan yang mengatakan kesilapan teknikal berkaitan perisian itu, terlalu lemah dan nampak tidak kukuh sebab hanya melibatkan 2 calon daripada keseluruhan 68 calon bertanding.
Begitu juga dengan dakwaan lebih 700 perwakilan sengaja tidak dijemput untuk kononnya memastikan kemenangan calon-calon pilihan Kit Siang dan Guan Eng, ini juga satu dakwaan berat yang mana kalau dapat dibuktikan, boleh mewajarkan pengharaman DAP.
Tapi bila diberi gambaran bahawa RoS hanya akan mengarahkan supaya pemilihan CEC itu diadakan semula, pada aku, ia adalah satu keputusan yang ringan dari segi gravitinya, berbanding kalau DAP terpaksa diharamkan.
Kalau aku jadikan Kit Siang, jangan kata nak buat kecoh, aku akan buat parti besar-besaran meraikan perkembangan terbaru ini.
Apalah sangat nak mengadakan pemilihan semula berbanding kalau DAP terpaksa diharamkan macam UMNO tahun 1988 dulu sehingga terpaksa ditubuhkan UMNO baru? Aku tak nampak pun dimana masalahnya.
Malah, boleh dikatakan peluang mengadakan semula pemilihan ini akan memberi lebih banyak peluang kepada DAP untuk memperbaiki kelemahan yang wujud dalam pemilihan pada 15 Disember lepas.
No comments:
Post a Comment