Wednesday, July 31, 2013

Jasbir Singh: Penafian SUARAM Memalukan Pakatan Rakyat

Selama ini yang aku tahulah, satu-satunya perkara yang mengaitkan mendiang Altantunya Shaariibu dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene ini ialah tugasnya sebagai penterjermah kepada pasukan perunding Malaysia.

Fakta kedua, Altantunya datang ke sini pun (sebelum dibunuh), adalah kerana ingin menuntut bahagiannya dari komisen perolehan kapal selam sebanyak RM 500 juta itu melalui Abdul Razak Baginda.

Rujuklah dimana-mana pun, memang itulah faktanya.

Tanpa (fakta) itu, Altantunya boleh dianggap tidak terlibat dengan proses perolehan Scorpene ini dan tanpanya juga, semua dakwaan yang mengatakan Najib terlibat dengan pembunuhan model Mongolia tersebut, runtuh dengan sendirinya.

Kenyataan itu disokong oleh bukti yang menunjukkan bahawa kedatangan Altantunya ke Malaysia pada 2006 (sebelum dibunuh) adalah untuk menuntut komisen.  Kalau Altantunya bukan sebahagian dari pasukan perunding, apa justifikasinya untuk menuntut komisen pulak?

Pendek kata, maklumat yang mengatakan Altantunya ialah penterjermah dalam pasukan perunding perolehan kapal selam Scorpene itu sangat penting, bahkan boleh dikatakan 'kunci' kepada semua kisah yang berakhir dengan tragedi yang menyayatkan hati ini.

Jadi apa bodohnya SUARAM dalam sidang akhbar semalam mengesahkan kenyataan Jasbir Singh Charl sebelum ini bahawa sememangnya Altantunya bukan penterjermah bagi pihak perunding Malaysia dalam proses perolehan Scorpene ini?

Kalau dia bukan penterjermah, apa jawatannya dalam pasukan perunding sehingga kematiannya di kaitkan dengan perolehan tersebut?  

Ini yang pada pendapat aku SUARAM perlu jelaskan kepada rakyat yang selama ini percaya Altantunya memang terlibat dengan perolehan tersebut, seterusnya menjustifikasikan kaitannya dengan skandal perolehan kapal selam ini.

Jangan lupa ya, skandal perolehan Scorpene ini adalah isu yang asalnya dijuarai SUARAM dengan Pakatan Rakyat hanya bertindak sebagai pihak yang menyokong sahaja.  

Dalam masa yang sama, aku hairan bagaimana SUARAM boleh terlepas dengan maklmuat didedahkan Jasbir kelmarin bahawa Altantunya bukan sebahagian dari pasukan perunding Malaysia?  

Sepatutnya SUARAM menjadi kamus bergerak untuk kes ini dengan semua maklumat berada dalam tangan mereka, termasuklah satu-satu ahli pasukan perunding Malaysia yang terlibat.  

Kesilapan macam ini tidak patut dimaafkan.

No comments: