Jujurnya, aku tak nampak apa motif disebalik dakwaan Najib mahu menawarkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, sebab taraf Anwar bukan pada jawatan itu tapi jawatan Perdana Menteri itu sendiri.
Tapi bila portal berita seperti MalaysiaKini pun dah siarkan cerita ini, sudah tentulah ia satu berita yang perlu diambil berat kerana semua orang tahu setiap berita utama MalaysiaKini perlu mendapat kebenaran pasukan media Pakatan Rakyat terlebih dahulu.
Apatah lagi Anwar pun sudah memberi respon kepada tulisan itu dengan menyatakan beliau menolak sebarang kerjasama dengan UMNO/BN - kalau pun ia wujud. Jawapan yang agak berkias, tapi bagi yang biasa dengan Anwar tahu, inilah cara Anwar menjawab soalan yang tidak begitu penting padanya.
Jadi sahlah berita itu memang benar, cuma mungkin sedikit sukar dari sudut pembuktian kalau ditanya macai-macai UMNO nanti. Nasib baik bukti dan fakta bukan penting lagi di mata masyarakat moden Malaysia hari ini, tak macam dulu.
Apa pun, rakyat Malaysia selamat kerana Anwar tidak gelap mata dengan tawaran tersebut dan memilih untuk menolak umpan yang cuba dihulurkan Najib untuk beliau makan.
Jawatan Timbalan Perdana Menteri ini terlalu rendah untuk Anwar, apatah lagi Anwar sendiri pernah menduduki jawatan tersebut selama 6 tahun sebelum dipecat Tun Dr, Mahathir pada 1998 atas dakwaan liwat dan salahguna kuasa.
Lagipun, tidak pernah berlaku dalam sejarah negara dan dunia, jawatan Timbalan Perdana Menteri diisi orang yang sama 2 kali!!
Bagaimanapun, dalam masa yang sama kita perlu juga menilai motif di sebalik tawaran yang dibuat Najib kepada Anwar. Apatah lagi sebelum ini kita digemparkan dengan dakwaan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla bahawa Anwar menemuinya untuk menjadi orang tengah dalam merintis perdamaian dengan Najib.
Kenyataan yang tidak dinafikan Anwar dan Najib sendiri. Cuma dalam kes itu, Najib menyatakan dengan jelas tidak menandatangani apa-apa perjanjian kerjasama setelah dihampiri Jusof Kalla.
Ini penting untuk dibincangkan sebab perkembangan ini mencetus konflik, siapa sebenarnya yang nak berdamai dengan siapa? Kalau Anwar nak berdamai dengan Najib, kenapa Najib nak menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar pula?
Pening tapi menarik untuk kita sama-sama fikirkan bersama.
Atas sebab yang sama kenapa aku berdoa dalam hati supaya isu ini tidak begitu dipanjang-panjangkan, sebab ternyata tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment