Wednesday, August 21, 2013

Apa Perlu Pakatan Rakyat Sokong Kumpulan Gangster?

Usaha DAP membantu 5 keluarga mangsa tembakan polis dalam satu operasi di Nibong Tebal semalam memang baik.  Atas nama kemanusian, Pakatan Rakyat memang wajib membantu kerana ia membabitkan kepentingan rakyat.

Lagipun pada waktu itu kita semua tidak tahu sama ada 5 mangsa itu benar-benar terlibat dengan kumpulan kongsi gelap atau tidak sebab berdasarkan kenyataan ADUN DAP bagi kawasan Sri Delima, RSN Rayer, tidak seorang pun dari 5 mangsa tersebut mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap.

Tapi kebaikan itu sepatutnya berakhir sekarang kerana sudah dibuktikan dengan jelas bahawa 5 mangsa terbabit memang ahli kumpulan kongsi gelap 04 seperti yang dijelaskan pihak polis sebelum ini.

Sudahlah tu, yang membuktikan bahawa semua mangsa terbabit adalah ahli kongsi gelap bukan orang lain, tapi ahli keluarga mangsa sendiri dengan memamparkan lambang kumpulan kongsi gelap itu pada dinding van mayat yang membawa mereka ke kubur.


Pakatan Rakyat tidak perlu masalah macam ini, kita sudah ada banyak masalah pun sebelum ini dan hubung kait dengan kumpulan gangster yang terbukti ganas serta tidak berperikemanusiaan seperti itu, adalah perkara terakhir yang kita semua mahukan.

Kalau setakat keterangan polis atau contengan pada dinding sahaja, mungkin boleh dipertikaikan lagi, masalahnya pada van membawa mayat mereka pun diletakkan lambang kumpulan kongsi gelap tersebut, nak nafikan macam mana?

Pakatan Rakyat kalau nak masuk campur pun hanyalah dalam soal Standard Operating Procedure (SOP) yang digunakan pihak polis sebelum menembak semua mangsa tersebut sahaja, tapi nak menafikan kesemua mereka terlibat dalam kumpulan kongsi gelap, hanyalah kerja yang sia-sia.

Sebab aku tidak mahu Pakatan Rakyat dikaitkan dengan mana-mana kumpulan underworld lagi kerana ia boleh menjatuhkan imej Pakatan Rakyat dimata penduduk negara kita yang jelas hidup dalam ketakutan sejak kejadian pembunuh upahan mengganas ini berlaku.

Pada waktu ini rakyat Malaysia tidak lagi peduli dengan keluarga 5 penjenayah yang ditembak mati itu kerana sudah terbukti sekarang mereka memang ahli kumpulan kongsi gelap dan kejadian tembak dalam kereta pun sudah berhenti sejak kelima-lima mereka dibunuh.

Nak bukti macam mana lagi?

No comments: