Monday, August 12, 2013

Buku Awekening: Susunan Paklah Atau Kalimullah

Aku tidak pasti siapa yang memulakan cerita bahawa Naib Presiden PKR, Nurul Izzah akan merasmikan buku biografi mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi (Paklah) bertajuk Awakening, The Abdullah Years in Malaysia.

Tapi mungkin ada kebenarannya kerana sumber dari ibupejabat PKR Tropicana sendiri tidak dapat mengesahkan berita tersebut.

Ramai orang yakin, buku itu diterbitkan sekarang untuk menimbulkan kontroversi dalam UMNO dan seterusnya mempengaruhi sokongan terhadap Najib dalam proses pemilihan UMNO yang bakal bermula bulan ini hingga Oktober depan, melalui kontroversi yang bakal timbul antara Paklah dan Tun Dr. Mahathir.

Mahathir dan Paklah diketahui masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam UMNO dan Najib pasti menghadapi kesukaran untuk mempertahankan jawatannya kalau kontroversi antara 2 bekas Presiden UMNO tersebut timbul.

Anak Mahathir, Mukhriz dilantik Najib sebagai Menteri Besar Kedah dan menantu Paklah, Khairy Jamaludin, dilantik ke dalam kabinet Najib sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Bagaimanapun, dalam keadaan sekarang, aku tak nampak bagaimana penerbitan buku tersebut mampu mempengaruhi pemilihan UMNO yang bakal berlangsung. 

Justifikasi aku mudah saja.  Pertama, buku tersebut bukan ditulis oleh Paklah sendiri tapi adalah himpunan tulisan dan pandangan beberapa orang dari UMNO dan Pakatan Rakyat mengenai prestasi Paklah sepanjang menjadi Perdana Menteri dari 2003 - 2008.

Satu-satunya penglibatan Paklah di dalam pembikinan buku tersebut ialah temubual eksklusif antara mantan Perdana Menteri tersebut dengan penerbit dan penyunting buku itu, Bridget Welsh dan James UH Chin.

Kedua, ramai orang percaya pihak sebenar disebalik penerbitan buku tersebut ialah Datuk Kalimulah Meserul Hassan, yang juga rakan karib bekas Perdana Menteri tersebut dan antara pihak yang paling banyak mengaut keuntungan sepanjang penggal Paklah sebagai Perdana Menteri melalui pengambilan dan penggabungan syarikat media serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Kalimullah, seperti yang kita semua tahu adalah individu yang paling dibenci ahli-ahli UMNO kerana sikapnya yang terlalu pro Singapura dan anti Melayu, maka itu apa pun karya terbitannya tidak mendatangkan kesan terhadap parti tersebut dan pemilihannya yang akan datang.

Justeru, Pakatan Rakyat sepatutnya tidak terlalu teruja dengan memainkan isi kandungan buku tersebut untuk memecah belahkan UMNO kerana kelihatannya buku itu tidak akan memberi sebarang kesan yang kita semua harapkan.

Lagipun setakat ini tidak ada mana-mana bekas dan pemimpin UMNO yang memberi ulasan mengenai buku tersebut. Kalau ada yang bagi komen pun hanyalah bekas Presiden MIC, Tan Sri Samy Vellu - india ni bagi komen, apa ada hasil?

No comments: