Isu penggunaan surau untuk beribadat oleh sekumpulan penganut agama Buddha dari Singapura di Johor baru-baru ini tidak sepatutnya dijadikan perkara besar atau dianggap menghina Islam.
Aku melihat perkara tersebut terlalu kecil untuk dijadikan isu kerana kegunaan tersebut hanya bersifat sementara dan dengan kebenaran pemilik premis.
Dalam erti kata lain, penganut agama Buddha berkenaan tidak salah, yang salah ialah pengusaha resort kerana tidak menyediakan tempat beribadat untuk agama Buddha. Dah tahu bersempadan dengan Singapura, disamping Malaysia inipun ada ramai orang beragama Buddha, patutnya disediakan tempat sembahyang mereka.
Bila terpaksa digunakan surau, itu nasiblah.
Lagipun aku difahamkan oleh seorang rakan dari PAS, penggunaan surau atau masjid bagi orang bukan Islam untuk beribadat bukanlah satu masalah besar, malah dalam keadaan-keadaan tertentu, ia sangat dialu-alukan.
Di Selangor umpamanya, orang bukan Islam bebas keluar masuk masjid/surau untuk pelbagai tujuan, dan aku yakin termasuk untuk menjalankan ibadat mengikut kefahaman masing-masing. Ini bukan masalah, asal sahaja tidak menganggu kosentrasi umat Islam untuk beribadat.
Bukan itu sahaja, orang Islam di Selangor juga tidak dilarang dari menukar agama jika sudah hilang keyakinan kepada Islam (rang undang-undang yang menyekat pengembangan agama lain kepada orang Islam di Selangor, telah dimansuhkan 2 tahun lepas lanjutan kekecohan di sebuah gereja di Damansara).
Ini baru dikatakan kebebasan agama yang sebenarnya.
Hanya fahaman sempit UMNO mengenai penggunaan masjid/surau oleh orang bukan Islam di Malaysia yang sering membawa masalah di Malaysia ini apabila ada isu berkaitan timbul. Bukan dalam soal itu sahaja, dalam soal-soal lain pun begitu juga, seperti dalam hal membela anjing yang kecoh baru-baru ini.
Walhal parti PAS yang lebih arif tentang selok belok agama Islam ini sendiri telah mengesahkan bahawa bukanlah menjadi satu kesalahan untuk orang Islam membela anjing kerana Al-Quran sendiri telah memberi kebenaran.
Semua itu disebabkan oleh ajaran Islam yang dianuti UMNO tidak selari dengan ajaran Islam sebenar yang diguna pakai diseluruh dunia.
No comments:
Post a Comment