Semua penyokong Pakatan Rakyat nampaknya gembira dengan kenyataan Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi semalam yang mendesak perletakkan jawatan Najib Tun Razak kerana gagal membela nasib orang Melayu yang menjadi teras penubuhan pertubuhan rasis tegar tersebut.
Reaksi ini dapat dilihat dari bagaimana ligatnya blog-blog Pakatan Rakyat memetik kenyataan tersebut untuk menyerang UMNO. Begitu tergesa-gesa sekali tanpa sempat meneliti dengan penuh kenyataan tersebut.
Bagi aku sendiri yang tahu apa sebenarnya yang mendoroong Fahmi untuk berbuat demikian, kenyataan itu sebetulnya lebih banyak mendatangkan mudarat dari memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat.
Sebabnya, aku sudah lihat sendiri draf kenyataan sebenar yang patut dibacakan Fami dan ternyata ada beberapa perenggan yang telah diubah sehingga mencemarkan imej Pakatan Rakyat sendiri, antaranya bila Fahmi mempersoalkan peruntukkan kewangan lebih besar yang diberikan Najib kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan.
Ini tidak ada dalam skrip asal.
Macam mana ini boleh berlaku, itu yang aku hairan. Sepatutnya, pihak-pihak dalam Pakatan Rakyat (antaranya seorang ahli Parlimen dari Melaka dan Ketua Cabang dari Selangor) yang mengadakan pertemuan dengan Fahmi kelmarin, memastikan sebetul-betulnya kenyataan itu sebelum boleh diedarkan kepada pihak media.
Wang yang patut dibayar kepada Fahmi juga sepatutnya ditahan dulu kerana kesilapan yang pada aku sangat-sangat tidak patut ini.
Apatah lagi, inilah satu peluang untuk Fahmi bercakap menentang Najib di atas platform Perkasa, tidak ada peluang lain lagi selepas ini kerana Ibrahim Ali dan pemimpin kanan dalam Perkasa yang lain, sudah pasti akan menyingkirkan Fahmi dari kerusi ketua wira kerana cuba menentang Najib yang telah banyak membantu pertubuhan tersebut.
Setelah itu berlaku nanti, Pakatan Rakyat akan kehilangan kelebihan yang banyak kerana Fahmi hanya 'mempunyai harga' jika dia bercakap atas platform Perkasa. Lain dari itu, Fahmi hanya ibarat tin kosong yang sudah berkarat.
Pakatan Rakyat akan lebih beruntung kalau Fahmi betul-betul ikut skrip yang telah disediakan untuk dia membaca kelmarin.
Keputusan mengubah kenyataan tersebut pada saat-saat akhir yang dibuat Fahmi ini, benar-benar bahaya kepada Pakatan Rakyat selain tidak mampu memberi kesan yang kita benar-benar mahukan - peralihan undi orang Melayu kepada Pakatan Rakyat dan dalam masa yang sama meningkatkan undi orang bukan Melayu.
Tapi bila dah disebut Najib meningkatkan perbelanjaan kepada sekolah cina dan india, sokongan Melayu mungkin meningkat, tapi bagaimana dengan bukan Melayu? Sebab itu aku kata Fahmi ini bodoh kerana bercakap tidak mengikut skrip.
Sampai satu tahap, aku rasa Pakatan Rakyat tersilap pulak kerana menggunakan Perkasa untuk memberi tekanan kepada Najib agar meletakkan jawatan. Entah siapalah yang mencadangkan perkara ini dulu, siapa pun orang itu, dia seharusnya bertangungjawab.
1 comment:
hehe
Post a Comment