Gesaan Majlis Perundingan Melayu (MPM) agar kerajaan tidak melayan desakan pihak-pihak tertentu berhubung perlaksaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, benar-benar menunjukkan bahawa majlis berkenaan tidak layak untuk bersuara tentang soal pendidikan nasional.
Memang tidak dinyatakan dengan jelas, tapi aku yakin gesaan MPM itu ditujukan kepada pertubuhan-pertubuhan pendidikan cina seperti Dong Zhong serta lain-lain yang begitu kuat menentang perlaksanaan pelan pendidikan tersebut kerana dilihat boleh mengancam kewujudan sekolah vernakular.
Wahal kalau umum nak tahun, Dong Zhong ini memang layak dari segala sudut untuk bercakap tentang keperluan mempertahankan aliran pelbagai dalam sistem negara kita kerana ia sudah menjadi perjuangan mereka sejak merdeka lagi.
Berbanding dengan MPM yang merupakan gabungan beberapa NGO Melayu yang baru ditubuhkan, khusus untuk bercakap tentang pendidikan nasional.
Tapi dimana meritnya mereka nak bercakap tentang pendidikan nasional kalau yang menyertai majlis tersebut hanyalah pertubuhan pendidikan Melayu? Sebab itu penulis kata, MPM bukan bertujuan untuk bercakap tentang pendidikan nasional, tapi pendidikan Melayu semata-mata.
Sedangkan Dong Zhong, walaupun sama dari satu sudut (hanya memperjuangkan soal pendidikan bahasa Mandarin dan cina), tapi pertubuhan itu lebih dari layak untuk bercakap soal sistem pendidikan di negara ini kerana mereka telah lebih dahulu wujud serta konsisten dalam memperjuangkan isu yang sama.
Sepatutnya Kementerian Pendidikan, tidak melayan desakan pertubuhan seperti MPM ini yang hanya melihat Pelan Pendidikan Nasional tersebut berdasarkan kepentingan satu kaum sahaja.
Kementerian seharusnya memberi lebih perhatian kepada institusi sekolah vernakular yang telah lama terpinggir dari arus pemodenan sistem pendidikan negara kita. Kalau tidak kerana pertubuhan seperti Dong Zhong mendapatkan sokongan dan bantuan institusi perniagaan oran cina, sudah lama sekolah vernakular berkubur di negara kita.
Bercakap tentang itu (terpinggir), Pelan Pendidikan Nasional yang akan dijalankan kerajaan ini bakal meminggirkan lagi sekolah vernakular di negara ini sehingga ke satu tahap penghapusan terus sistem tersebut!!
Kerajaan dan MPM perlu faham, dari hampir semua segi, semua rakyat kita berhak mendapat layanan yang sama rata, termasuklah hak-hak keistimewaan yang hanya diberikan kepada kaum-kaum tertentu sahaja. Tapi dari segi pendidikan, tidak wujud soal layanan sama rata, setiap kaum mempunyai hak untuk mengadakan sekolah dengan bahasa ibunda mereka sendiri.
Itu memang sudah tertakluk dalam perlembagaan.
1 comment:
Apa yang penulis tuliskan adalah tidak benar semuanya pembohongan . Dong Zhong hanya memperjuangkan hak orang Cina sahaja. Mereka tidak suka apa dibuat oleh kerajaan ,kerana kerajaan diterajui org Melayu.Mereka membenci org Melayu sebab Cina ingin menguasai Malaysia sepenuhnya . Mereka akan cuba menjatuhkan Melayu dan menghalau Melayu dari Malaysia seperti apa yg berlaku di Singapura.
Post a Comment