Memang tepat keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang mengharamkan penayangan filem Tanda Putera di negeri tersebut. Keputusan ini patut dilihat sebagai salah satu cara untuk menghalang sebarang cubaan pihak-pihak tertentu untuk memburukkan perjuangan DAP atas nama seni.
Keputusan ini tidak sepatutnya dilihat sebagai cubaan untuk menyekat para artis dan pengarah di negara kita untuk berkarya, tetapi ia perlu dipandang pada sudut yang lebih menyeluruh.
Sebetulnya negara ini tidak perlu sebuah lagi filem mengenai sejarah, komunis dan sebagainya kerana filem-filem sedia ada sudah cukup untuk mengingatkan generasi muda hari ini akan sejarah lampau mengenai perkara tersebut.
Aku belumlah tengok lagi filem ini sebab ia belum pun disiarkan, tapi dari apa yang orang cakap, filem ini memang filem bodoh dan hanya sesuai untuk tayangan si tolol si tolol di luar sana. Bagi yang lebih waras fikirannya, filem macam ini hanya layak dibuang ke dalam tong sampah saja.
Justeru aku menyarankan agar semua pengiat seni pro Pakatan Rakyat seperti Faizal Tahir dan Ahmad Idham, supaya tampil mempertahankan keputusan Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng ini dengan kadar yang segera.
Ini bagi mengelakkan UMNO menanamkan persepsi buruk di kalangan masyarakat tentang keputusan drastik Guan Eng ini. Aku sendiri berpendapat, perjuangan komunis ini perlu dilihat semula dalam konteks yang betul, bukan ditolak begitu sahaja apatah lagi nak dikatakan sebagai pengganas.
Filem yang membincangkan tentang komunis ini terlalu sensitif sebab yang ramai masuk komunis dulu adalah orang cina, Pakatan Rakyat perlu jaga sensitiviti orang cina kerana mereka adalah pengundi kita dalam PRU13 yang lepas.
Dalam masa yang sama, aku menyerulah kepada pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor dan Kelantan agar turut mengambil tindakan yang sama dengan mengharamkan penayangan filem Tanda Putera ini. Ini penting bagi menunjukkan kesatuan Pakatan Rakyat dalam banyak hal, tidak terkecuali penayangan filem yang mempunyai unsur politik keterlaluan seperti ini.
Aku suka nak tegaskan disini, walaupun filem ini diharamkan di negeri-negeri yang kita perintah, Pakatan Rakyat masih terbuka dalam banyak perkara berbanding dengan UMNO. Kita masih terbaik dan terbuka dalam pelbagai isu walaupun filem ini diharamkan.
UMNO tidak sepatutnya mengatakan Pakatan Rakyat akan menyekat rezeki dan kreativiti sesiapa. Ini bukan nak sekat apa-apa pun tapi hanya nak elak fikiran rakyat dari dirosakkan dengan bahan penyiaran yang telah diselewengkan faktanya.
Adakah itu salah?
3 comments:
bodoh...
yang tengok tu nantilah bodoh
tolol betul sipenulis ini ..'tanda' orang yang buta sejarah
dan sebenar nya pengecut dan bacul
Post a Comment