Menjelang pemilihan UMNO yang akan datang ini, Najib disebut-sebut akan membuat pengumuman khas pada 14 September akan datang tentang polisi baru untuk meningkatkan pegangan bumiputera dan orang Melayu dalam ekonomi negara.
Perkara ini sudah menjadi bualan di kalangan ahli-ahli politik UMNO dan Pakatan Rakyat.
Buah butir tentang pengumuman tersebut masih belum aku perolehi, tapi dari sumber yang boleh dipercayai, ia ada kaitan tentang meningkatkan pegangan ekuiti korporat bumiputera yang sekarang berada pada tahap 23.09% pada 2010, ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.
Sasaran UMNO sejak pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971 adalah untuk meningkatkan ekonomi golongan bumiputera kepada 30%.
Pengumuman ini pasti akan meningkatkan sokongan terhadap Najib di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu, seterusnya menyaksikan harapan Pakatan Rakyat untuk melihat jawatan Presiden UMNO dipertandingkan dan Najib kalah, akan berkubur begitu saja.
Ini berita buruk buat para peniaga Cina yang menjadi penyumbang utama aktiviti politik Pakatan Rakyat selama hari ini. Kaum Cina sudah lama menikmati kelebihan yang begitu besar dalam pembahagian kek ekonomi negara dan tidak sepatutnyalah kelebihan itu diganggu gugat dengan peningkatan dalam ekuiti Melayu.
Secara tidak langsung juga, pengumuman yang bakal dibuat Najib itu adalah satu ancaman kepada kemakmuran ekonomi yang dinikmati orang Cina selama ini. Perlu diingat, angka 23.09% yang disebutkan di atas adalah berdasarkan pencapaian ekonomi bumiputera dalam tahun 2010.
Dengar ceritanya, angka itu telah berubah dengan lebih banyak pada tahun 2011 tapi pentadbiran Najib sengaja tidak mendedahkannya kepada umum untuk mengelakkan peralihan undi besar-besaran orang cina kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13.
Tapi setelah terbukti orang Cina memberikan 97% undi mereka kepada Pakatan Rakyat, maka tidak ada apa lagi yang perlu dibimbangkan Najib. Yang penting padanya sekarang ialah meningkatkan sokongan dari orang Melayu yang ternyata menjadi penyumbang kepada kemenangan BN dalam PRU13 yang lepas.
Aku bimbang polisi baru Najib ini akan meminggirkan golongan peniaga bukan bumiputera, terutama orang Cina yang memang semakin terpinggir dari mendapat kontrak-kontrak kerajaan sejak BN mengekalkan kuasa dalam PRU13.
Walaupun selama hari ini golongan cina menguasai sebahagian besar ekonomi negara, tapi itu semua masih belum cukup untuk memastikan kelangsungan ekonomi kaum tersebut buat jangka panjang selagi penguasaan politik masih di tangan orang Melayu.
Aku harap Pakatan Rakyat dapat berbuat sesuatu untuk menghalang polisi ekonomi baru Najib ini dari dilaksanakan. Apa yang perlu dibuat tu aku tak tahulah, tapi yang pasti polisi baru ini perlu dihentikan dan tidak menjadi sebahagian dari dasar kerajaan.
Jika kita tidak berbuat sesuatu bagi menghalang hasrat Najib ini, percayalah, orang Cina akan kembali mengundi BN kerana mereka bimbang generasi Cina dimasa hadapan akan mati dalam kemiskinan.
Paling tidak, Pakatan Rakyat perlu mendesak Najib supaya mendedahkan butiran polisi baru itu lebih awal untuk memberi peluang bagi kita menyemak isi kandungannya. Rakyat Malaysia berhak tahu tentang polisi ekonomi baru ini.
Lagipun, kita tidak perlu dilibatkan dalam kegilaan Najib untuk mendapatkan sokongan dari Melayu dan Bumiputera, bukan semua rakyat Malaysia ini orang Melayu pun, kena ingat tu.
No comments:
Post a Comment