Berita perletakkan jawatan Ketua Wirawati Perkasa, Zaira Jaafar semalam pasti ada kaitan dengan kenyataan kontroversi rakan sejawatannya di pihak Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris dalam blognya kelmarin yang menuntut perletakkan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri.
Sumber memaklumkan kepada aku bahawa Zaira dan Fahmi mempunyai hubungan yang sangat akrab kerana kedua-duanya adalah tenaga penggerak kepada aktivti Perkasa di seluruh negara. Nak harap pada Ibrahim Ali tak usahlah, dengar ceritanya dia lebih gemar kejar projek sekarang.
Maka itu tidak hairanlah kenapa Zaira meletakkan jawatan tersebut kerana dia hampir pasti Fahmi akan disingkirkan oleh pimpinan tertinggi Perkasa berhubung kenyataan kontroversinya itu.
Dalam masa sama menunjukkan demokrasi tidak wujud dalam pertubuhan paling rasis di Malaysia ini. Sesiapa pun boleh disingkirkan hanya kerana mempunyai pandangan sendiri yang tidak selari dengan pertubuhan tersebut.
Semua ini tidak berlaku dalam parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Setiap ahli bebas menyatakan pendirian masing-masing walaupun kadang kala berlawanan dengan pendirian rasmi parti. Inikan negara demokrasi, setiap orang berhak meluahkan apa yang dia rasa perlu diluahkan.
Tidak kiralah betapa peritnya kenyataan tersebut.
Apa yang berlaku kepada Nasharudin Mat Isa dan Datuk Dr. Hasan Ali dalam PAS dulu tidak boleh disamakan dengan apa yang berlaku dalam Perkasa sekarang. Itu adalah 2 kes berbeza yang langsung tidak sama dengan penyingkiran Zaira sekarang dan Fahmi nanti.
Begitu juga dengan perubahan saat-saat akhir dalam pemilihan CEC DAP, itu juga bukan bukti yang mengatakan Pakatan Rakyat tidak demokratik tapi lebih kepada masalah sistem. Kita sebenarnya adalah jauh lebih demokratik dari mana-mana parti politik dan pertubuhan dalam Malaysia.
Maka itu aku dimaklumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak ada masalah untuk menerima penyertaan Zaira Jaafar ke dalam mana-mana parti komponen kita. Jika Zaira mencari maksud demokrasi yang sebenar, hanya Pakatan Rakyat yang menawarkan peluang tersebut, bukan Perkasa.
Tidak seperti Perkasa, Pakatan Rakyat juga tidak rasis dan menerima sokongan yang begitu tinggi dari kalangan rakyat Malaysia, terutama sekali orang Cina, seperti yang dibuktikan dalam PRU13 lepas.
2 comments:
Cina bukan menerima Pakatan sebenarnya..tetapai menerima DAP sahaja.. Tengok..betapa bijaknya mereka melakukan penipuan..Tak CIna kalau tak menipu. Cina paling pandai menipu dalam urusan jual beli..Penipuan demi penipuan dilakukan dalam usaha Cina menguasai Malaysia sepenuhnya..
suka2 buat statement, kalau ya pun dapatkan dulu info/maklumat sebenar dari tuannya, jangan pakai blasah buat ayat ikut suka sedap baca
Post a Comment