Keputusan kerajaan Pulau Pinang baru-baru ini untuk menaikan surcaj air sebanyak 100% bemula 1 September ini, adalah satu keputusan tepat dengan mengambil kira kepentingan kewangan kerajaan negeri sekarang.
Sememangnya, kenaikan ini tidak dapat dielakkan lagi kerana kerajaan negeri mengambil kira caj air mentah yang bakal dikenakan kerajaan baru Kedah yang akan berkuatkuasa pada bila-bila masa dari sekarang.
Memang alasan rasmi kerajaan negeri sekarang kenaikan ini adalah untuk menggalak penggunaan air dengan lebih bijak, tapi itu bagi mengelakkan cerita panjang di kalangan rakyat.
Lagipun semua orang tahu rakyat Pulau Pinang gemar membazirkan penggunaan air sehingga melebihi penggunaan rakyat negara Singapura yang lebih ramai jumlahnya.

Walaupun UMNO menjadikan kenaikan ini sebagai isu besar untuk mendakwa Pakatan Rakyat gagal melaksanakan janji kepada rakyat sebelum PRU13 yang lepas, terutama janji untuk memberikan segala yang murah dan percuma kepada rakyat, aku rasa rakyat Pulau Pinang boleh menerima kenaikan ini dengan baik.
Sebab aku rasa semua orang tahu Pakatan Rakyat memang mahu menawarkan segala macam kemudahan kepada rakyat.
Kalau boleh kita mahu semua bayaran perkhidmatan kekal rendah sepanjang masa, dapat percuma lagi bagus. Tapi dalam masa yang sama, rakyat perlu faham, ada faktor luaran yang berada di luar kawalan kita.
Macam dalam soal kenaikan surcaj air ini, kesalahan sepenuhnya terletak kepada kerajaan BN Kedah dengan kerajaan Pulau Pinang menjadi mangsa keadaan.
Tapi aku tak rasa isu ini akan berpanjangan kerana telah ditetapkan kes ini akan dibawa ke Mahkamah. Bila kes ini dibawa ke Mahkamah nanti, aku yakin rakyat negeri Pulau Pinang akan kembali menikmati caj air yang rendah seperti sebelum ini.
Kalau keputusan Mahkamah tidak memihak kita sekalipun, Pakatan Rakyat dan DAP masih tidak boleh dipersalahkan kerana seperti yang disebutkan di atas tadi, kesalahan sepenuhnya terletak di tangan kerajaan negeri Kedah.
Bukan kerajaan Pulau Pinang.

No comments:
Post a Comment