Friday, August 30, 2013

Kenapa DAP Perlu Takut Kepada Tanda Putera?

Pagi ini aku bangun macam orang bodoh.  Keadaan ini bukan pertama kali, dah banyak kali berlaku pun, cuma yang lain sikit pagi tadi aku rasa dibodohkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat sendiri - semuanya dalam isu filem Tanda Putera inilah.

Perasaan ini bermula setelah aku memaksakan diri melihat filem Tanda Putera semalam.  Ini penting sebab aku taknak dikatakan sekadar bagi komen berdasarkan apa orang lain cakap.  Biar mata kepala aku tengok sendiri apa sebenarnya filem itu, baru aku puas hati.

Ternyata, adegan yang boleh jadi isu (kalau nak dijadikan isu pun) hanyalah pada 10 minit pertama sahaja.  Selebihnya berkisar tentang hubungan arwah Tun Razak dan Tun Dr. Ismail pasca 13 Mei 1969.

Sepanjang masa tayangan itu berlangsung sehingga habis, puas aku memaksa diri aku untuk percaya bahawa filem itu ada unsur-unsur perkauman melampau sehingga layak untuk diharamkan di Pulau Pinang, tapi aku tak jumpa dimana yang dikatakan elemen perkauman tu wujud?

Aku pernah tengok filem Namewee, aku boleh kata jauh lebih brutal dari filem Tanda Putera ini, dengan itupun UMNO tidak kecoh untuk haramkan.  Bahkan, satu dari filem-filem tersebut, Hantu Gangster (kalau tak silap aku), berjaya raih kutipan sebanyak RM 7 juta!!


Kenapa pulak DAP yang kalut sangat dengan filem ini?

Isu berkaitan rusuhan 13 Mei tu memang dah jelas fakta sejarahnya, kalau tak silap aku, dalam kertas putih berkaitan peristiwa 13 Mei yang diterbitkan tahun 1972, semua kisah 10 minit pertama yang nak dijadikan isu sangat tu, memang sudah ada.

Maksudnya disitu, kalau nak dijadikan isu, kenapa tak jadikan isu lebih 40 tahun dulu, kenapa sekarang setelah ia diselitkan dalam satu filem?

Tidak hairanlah kenapa kerajaan Pulau Pinang tarik semula larangan yang dikenakan ke atas semua pawagam dalam negeri tersebut dari menyiarkan filem tersebut, kononnya yang dikatakan larangan tu sebenarnya hanya satu nasihat.

Nak ikut, ikut, taknak ikut tak apa.

Ini pun satu hal lagi tapi aku taknak buang masa cerita perkara tersebut dalam artikel ini.  Cuma apa yang aku nak katakan, di masa hadapan, sebelum buat keputusan untuk haramkan sesuatu filem itu dari di tayangkan, elok kerajaan negeri tengok filem itu dulu sebelum buat keputusan.

Jadi tidaklah kita semua kalut macam ini.  Kejap haram, kejap nasihat ni kerja payah, yang biasa dibuat UMNO saja.  Pakatan Rakyat, nak nak pulak parti macam DAP tidak sepatutnya kalut macam ini.  Dalam apa keadaan pun keputusan mesti rasional, bukan emosional.

No comments: