Insiden memalukan dimana kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang terpaksa menarik semula arahan pengharaman filem Tanda Putera dari di tayangkan di pawagam-pawagam dalam negeri tersebut, sepatutnya tidak berlaku. lagi di masa hadapan.
Keputusan kerajaan negeri perlu tegas, kalau tak boleh, kita kata tak boleh. Bukan sekejap boleh, sekejap tak boleh. Ini bukan iklan biskut, tapi membabitkan sebuah kerajaan negeri, rasmilah sikit.
Dimana-mana dalam Internet hari ini, aku lihat lawak jenaka membabitkan 'arahan' dan 'nasihat' ini, begitu hebat sekali dimainkan blogger UMNO. Ketua kerajaan kata nasihat, tapi pegawai kerajaan dibawah kata, arahan.
Maka itu tidak ada cara lain yang patut diambil CM Lim untuk menyelesaikan masalah ini, melainkan dengan memecat pegawai Melayu berkenaan - Azman Bin Sirun, Pengarah Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang kerana dengan sengaja mengeluarkan surat yang tidak melambangkan, hasrat sebenar kerajaan negeri dalam isu Tanda Putera ni
Pecat saja dia, selesai semua masalah sebab dia yang tandatangan surat tu.
Ini tidak, aku pelik kenapa kerajaan negeri perlu bersusah payah mengadakan sidang media bagi menjelaskan keadaan tersebut, kalau dengan cara itu boleh selesaikan masalah tak apa juga, tak selesai jugak, bertambah lagi adalah.
Penjelasan bagi kesilapan macam ini, tidak perlu pun sebenarnya. Sebab ia seumpama si tikus membaiki labu - kalau fahamlah apa yang aku cuba sampaikan.
Mana-mana sekalipun, yang silap sudah jadi silap, buat macam mana pun benda dah jadi. Yang penting sekarang pemecatan Azman Sirun ini perlu disegerakan untuk sedikit sebanyak untuk paling tidak memperbaiki sedikit imej Pakatan Rakyat khasnya dan DAP amnya.
Mana-mana sekalipun, yang silap sudah jadi silap, buat macam mana pun benda dah jadi. Yang penting sekarang pemecatan Azman Sirun ini perlu disegerakan untuk sedikit sebanyak untuk paling tidak memperbaiki sedikit imej Pakatan Rakyat khasnya dan DAP amnya.
No comments:
Post a Comment