Seolah-olah sudah ketandusan idea, UMNO dan jentera perang sibernya memperbesarkan isu kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang diletak di sebuah kawasan larangan meletak kenderaan di George Town kelmarin.
Ideanya, supaya rakyat mempersoalkan kredebiliti pemimpin nombor satu negeri tersebut yang terkenal dengan ketegasannya melaksanakan peraturan dan undang-undang, tapi dalam masa yang sama, melanggar undang-undang di negerinya sendiri.
Dengan meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan.
Tapi persoalannya sekarang, apa yang besar sangat dengan soal meletak kenderaan ni? Adakah ia melibatkan kematian sesiapa seperti kejadian tembak dan letupan yang berlaku hampir setiap hari di negara kita sekarang?
Atau ada wang rakyat yang mengalir keluar dalam jumlah yang banyaknya untuk mengkayakan kroni kerana kereta Guan Eng diletakkan di kawasan yang tidak dibenarkan?
Hey, ini kita bercakap tentang Ketua Menteri Penang tau, orang yang mempunyai kuasa mewartakan tempat letak kereta dimana sahaja yang dia mahu dalam negeri tersebut.
Siapa UMNO mahu mempersoalkan hak tersebut?
Lagipun, seperti yang kita semua lihat dalam gambar di atas itu, bukan kereta Guan Eng sahaja yang diletakkan di kawasan tersebut, ada juga kenderaan-kenderaan lain diletakkan di kawasan sama, kenapa yang itu tidak dipersoalkan?
Kalau kereta Guan Eng satu-satunya yang diletakkan disitu mungkinlah boleh dijadikan isu, masalahnya ada kenderaan lain lagi.
Justeru, aku menggesa UMNO agar menghentikanlah cerita bodoh macam ini kerana aku tak rasa rakyat nak mendengar.perkara-perkara kecil yang sengaja dibesarkan untuk memburukkan orang berkuasa seperti Guan Eng.
Penang adalah negerinya, suka dialah nak letak kenderaan dimana sahaja yang dia mahu.
No comments:
Post a Comment