UMNO dan culai-culainya cuba mengalihkan pandangan rakyat terhadap masalah jenayah yang makin menjadi-jadi di negara ini dengan memindahkan kesalahan itu kepada Pakatan Rakyat.
Kononnya Pakatan Rakyat juga yang awal-awal dulu menggesa agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) ini dihapuskan tapi bila jenayah meningkat, Pakatan Rakyat dikatakan cuba lepas tangan dan menyalahkan kerajaan bulat-bulat.
Nak diikutkan, inilah alasan paling bodoh yang aku pernah dengar.
Memang Pakatan Rakyat yang mendesak semua undang-undang tersebut dihapuskan, tapi implikasi dari penghapusan tersebut bukan lagi tanggungjawab Pakatan Rakyat kerana kita bukan kerajaan yang memerintah dan berkuasa ke atas pasukan keselamatan.
Itu tugas kerajaan BN.
Bagaimanapun, aku nak terangkan disini bahawa kejadian jenayah ini tidak langsung berkaitan dengan penghapusan ISA dan EO, lebih-lebih lagi ISA, kalau EO itu mungkinlah.
ISA digunakan untuk tujuan pencegahan bagi kesalahan berkaitan keganasan, wang palsu, dokumen palsu dan sebagainya, tidak pernah dalam pengetahuan aku ISA digunakan untuk mengendalikan kes-kes jenayah atau pemilikan senjata api.
Semua itu sudah ada undang-undang tersendiri untuk mengatasinya, kecuali kalau senjata api itu boleh sampai ke tahap nak melancarkan perang.
Hakikat sebenarnya, banyak kejadian jenayah seperti ini berlaku kerana sikap rakyat sendiri yang gemar terlibat dengan kegiatan jenayah seperti gangsterisme dan kongsi gelap yang membawa kepada kejadian pembunuhan seperti ini.
Bukan kerana Pakatan Rakyat minta dihapuskan semua undang-undang tersebut!! Kita hanya mencadangkan, kerajaan yang menghapuskan.
Sebaliknya, kerajaan perlu memikirkan sesuatu kenapa ada sebahagian besar rakyat yang terlibat dengan kejadian jenayah. Dimana silapnya sehingga terlalu ramai yang meminta perlindungan kumpulan kongsi gelap dari meminta perlindungan pasukan polis.
Jika punca kepada masalah ini dapat diatasi dan dikenal pasti, maka semua pembunuhan yang dikaitkan dengan kumpulan 'underworld' ini akan dapat dihentikan.
No comments:
Post a Comment