Cadangan bekas Naib Presiden PAS, Nakhaie Ahmad agar Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat melepaskan jawatan atas faktor kesihatan, adalah satu cadangan tidak wajar yang datang dari orang yang tidak wajar juga.
Siapa Nakhaie yang telah meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO berpuluh tahun lepas untuk menentukan sama ada Nik Aziz perlu kekal sebagai Mursyidul Am PAS atau tidak?
Aku melihat Nik Aziz masih penting kepada perjuangan PAS. Tidak hairan kenapa dalam pilihanraya kecil Kuala Besut yang lepas, kudrat Nik Aziz masih ditagih penyokong-penyokong parti itu disebalik keadaan kesihatannya yang agak buruk.
'Melepaskan' Nik Aziz sekarang bermakna mendedahkan parti itu kepada kekalahan yang lebih besar dari apa yang dialami mereka dalam PRU13 yang lepas.
Nakhaie sepatutnya lebih memikirkan kedudukannya dalam UMNO dan kerajaan yang ibarat melukut di tepi gantang sekarang. Semua orang tahu, pada zaman awalnya menyertai UMNO, Nakhaie diberikan begitu banyak jawatan dalam pelbagai pertubuhan Islam yang dekat dengan kerajaan seperti YADIM dan sebagainya.
Tapi setelah begitu lama meraih faedah hasil dari pengkhianatan kepada PAS, Nakhaie kini tidak mempunyai apa-apa jawatan lagi untuk ditawarkan kerana faktor usia dan pengaruh yang kurang. Mungkin kini dia mengetuai satu seksyen atau jabatan dalam UMNO yang semata-mata menjurus kepada menyerang Nik Aziz.
Agak akulah.
Mana-mana pun aku harap tidak ada siapa yang terpengaruh dengan saranan Nakhaie ini. Nik Aziz perlu dipertahankan dan hanya 'gugur' jawatan Mursyidul Am itu apabila beliau mati.
Banyak negara yang mengamalkan sistem kepimpinan hampir serupa seperti PAS ini yang berjaya menguruskan parti/negara masing-masing tanpa masalah, antaranya Iran dan beberapa negara Arab yang lain.
Maka itu kita tidak nampak kenapa ia perlu ditukar semata-mata untuk memenuhi desakan pengkhianat seperti Nakhaie.
No comments:
Post a Comment