Tuesday, August 27, 2013

PAS Kedah Perlu Segera Cuci Daki & penyelewengan di GLC

Aku melihat laporan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ke atas seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah GLC di Kedah sebanyak RM 2 juta untuk tujuan perbelanjaan dalam pilihanrraya umum yang lepas, adalah satu tindakan membalas dendam oleh pentadbir BN yang baru terhadap PAS.

Tindakan ini jelas berlawanan dengan janji Menteri Besar Kedah yang baru untuk tidak melakukan tindakan balas dendam terhadap pentadbiran Kedah yang sebelum ini diterajui PAS.

Aku yakin perkara ini tidak terhenti setakat sebuah GLC ini sahaja, ia pasti melarat kepada GLC-GLC yang lain juga kerana aku dimaklumkan semasa pentadbiran negeri Kedah dahulu, memang semua GLC dalam diarahkan untuk menyumbangkan sedikit wang dari keuntungan mereka kepada kegiatan politik PAS.


Ini pun bukan satu perbuatan yang salah, malah berlaku secara berleluasa dalam GLC milik kerajaan yang diperintah UMNO pun.  Memang inilah peluangnya untuk mendapatkan wang bagi tujuan politik kerana PAS tidak boleh menyentuh wang milik kerajaan negeri, atau nanti dituduh menyelewengkan wang rakyat.

Sedangkan wang GLC tidak mengapa sebab tidak membabitkan wang rakyat (sekurang-kurangnya secara langsung).


Sehubungan dengan itu, aku mendesak agar semua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GLC Kedah yang dilantik kerajaan PAS dulu agar segera mengambil tindakan susulan yang bersesuaian bagi memastikan perkara sama tidak berlaku di dalam organisasi masing-masing pula.

Daripada apa yang aku dimaklumkan, semua ketua GLC di Kedah sekarang (melainkan KUIN) masih lagi terdiri dari mereka yang dilantik kerajaan PAS dahulu,.  Majoriti daripada mereka hanya menunggu masa sebelum kontrak tamat untuk digantikan dengan orang lain, yang sudah tentunya terdiri dari kroni BN..

Semua CEO ini masih berpeluang untuk melakukan tindakan pembetulan serta mengambil langkah sewajarnya agar SPRM tidak mempunyai alasan untuk melakukan siasatan ke atas organisasi masing-masing, seterusnya menjejaskan reputasi PAS sebagai parti yang berasaskan Islam.

Dokumen dan minit-minit mesyuarat yang melibatkan perkara-perkata yang diragui, perlulah dihapuskan segera sebelum ia digunakan sebagai bukti untuk mendakwa PAS sebagai parti yang korup.

No comments: