Saranan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad agar pentadbiran Najib tidak menandatangani perjanjian Perkongsian Trans Pasific dengan Amerika Syarikat yang disiarkan media baru-baru ini, sebetulnya adalah satu kemenangan yang besar kepada Pakatan Rakyat.
Mungkin ramai yang garu kepala, apa kaitan Pakatan Rakyat dengan Mahathir memberi pandangan dalam isu TPPA ini? Apatah lagi, sejak bila pulak Mahathir layak dipuji untuk apa-apa sebab sekalipun? Mahathir sepatutnya dilayan seperti musuh di medan perang, bukan hero di perbatasan.
Hakikatnya, Pakatan Rakyatlah sebenarnya yang memulakan isu berkaitan dengan TPPA ini. Mahathir, BN dan UMNO hanyalah pengikut dari belakang, terutama setelah melihat rakyat bersama-sama kita.
Walaupun begitu, sekuat mana pun penentangan Pakatan Rakyat, sebagai pembangkang, aku hampir pasti bahawa penentangan ini ibarat satu gangguan kecil pada telinga Najib berbanding dengan pandangan Mahathir.
Maklum sajalah, pengaruh Mahathir dalam pentadbiran Najib masih lagi kuat dan bukan mudah untuk Najib menafikan pandangan tersebut begitu sahaja atau Najib berhadapan kebarangkalian disingkirkan dalam pemilihan UMNO akan datang.
Mudah sikit kerja Pakatan Rakyat sebab perjuangan kita sekarang sudah mendapat perhatian kerajaan, terima kasih atas 'sumbangan' yang diberikan Mahathir.
Justeru peluang ini patut digunakan Pakatan Rakyat untuk mempromosikan kepada rakyat bahawa kenyataan Mahathir ini bukan datang dari dia sendiri, tapi adalah kerana desakan kuat yang diberikan oleh Pakatan Rakyat.
Aku akui yang Mahathir memang ada peranan terutama dalam memanjangkan pandangan yang kemudiannya dengan mudah diterima kerajaan. Tapi setakat memanjangkan sahaja tidak cukup.
Pendek kata, Pakatan Rakyat patut mendapat kredit yang lebih banyak lagi kerana kita yang memulakan gerakan menolak TPPA ini.
Lagipun asas Pakatan Rakyat menolak TPPA ini adalah kerana ia merugikan negara secara keseluruhan, bukan setakat syarikat Amerika boleh saman Malaysia atau tidak seperti yang diperbesar-besarkan media UMNO sekarang.
Soal itu terlalu kecil dan remeh. Kalau syarikat Amerika boleh saman Malaysia kerana tidak diberikan peluang untuk mendapat kontrak kerajaan disini, syarikat Malaysia juga boleh melakukan perkara yang sama kepada kerajaan Amerika, sebab semuanya berada di bawah perjanjian yang sama!!
Itupun susah nak fikir ke?
Sebab itu aku katakan, alasan penolakan TPPA oleh Mahathir terlalu remeh dan tidak dalam skop yang lebih besar seperti mana yang diperjuangkan Pakatan Rakyat selama ini.
Maka itu selayaknyalah Pakatan Rakyat mendapat highlight berbanding dengan Najib serta UMNO kalau kerajaan memutuskan untuk tidak menyertai TPPA ini seperti mana saranan yang dilontarkan oleh Mahathir..
No comments:
Post a Comment