Ada cadangan yang baik dari rakan blogger Pakatan Rakyat lain yang mengusulkan agar kita tidak mempersoalkan keputusan Mahkamah Rayuan untuk melepaskan dua tertuduh dalam kes pembunuhan model Altantunya Shariibu pagi tadi.
Menurut dari yang memberi cadangan, keputusan Mahkamah Rayuan pagi tadi adalah dibuat berdasarkan pertimbangan oleh hakim-hakim yang diketahui sangat berwibawa dan berintergriti tinggi di kalangan pengamal undang-undang di negara kita.
Antaranya ialah Hakim Linton Albert.
Ramai di kalangan peguam dalam Pakatan Rakyat sendiri pun memuji hakim ini kerana beliau sangat adil dan mempunyai hujah yang sangat bernas dalam penghakimannya.
Selain itu, kita bimbang UMNO akan guna hujah dan kaedah yang sama dalam pembebasan Sirul dan Azilah ini, untuk memerangkap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan kes liwatnya yang akan bermula bulan depan.
Dalam kes hari ini, panel Hakim Mahkamah Rayuan mendapati beberapa kekhilafan dilakukan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaki Yassin pada April 2009 semasa menjatuhkan hukuman mati kepada tertuduh.
Perkara sama turut boleh juga dilakukan dalam kes Anwar dengan mendakwa Hakim Datuk Zabidi Md Diah turut melakukan kesilapan itu begini supaya diakhirnya Anwar akan di dapati bersalah kerana dakwaan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari.
Dan berpotensi untuk dihumban semula ke dalam penjara, aku memang bimbang bahagian ini.
Dan berpotensi untuk dihumban semula ke dalam penjara, aku memang bimbang bahagian ini.
Justeru ini perkara besar yang kita semua perlu fikirkan bersama sebelum membuat keputusan untuk mempolitikkan isu ini.
Malah, pagi tadi dalam status Facebook Anwar yang berseloroh menyatakan Altantunya meletupkan diri sendiri pun, sudah ada macai UMNO yang membalas dengan berkata Saiful pun liwat dirinya sendiri, walhal Anwar hanya berseloroh, itu pun macai tak faham.
Selain itu, keputusan ini juga menunjukkan tidak ada campur tangan politik, kerana dari segi logiknya Najib dan pentadbirannya lebih untung kalau Azilah dan Sirul terus didapati bersalah, berbanding kalau mereka dibebaskan.
Pembebasan ini hanya membuka persoalan yang lebih besar tentang siapa pembunuh sebenar Altantunya, yang mana sudah pasti akan lebih menghantui pentadbiran Najb walaupun hubung kaita dia dengan mendiang terlalu sukar untuk dibuktikan.
Tapi macam biasalah, persepsi lebih mengatasi dari fakta.
Tapi macam biasalah, persepsi lebih mengatasi dari fakta.
Apa yang aku cuba nak sampaikan, inilah semua gambaran yang bakal kita hadapi kalau keputusan Mahkamah Rayuan hari ini dipertikaikan. Selain itu jangan lupa, pihak pendakwaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan.
Pendek kata, untuk kebaikan semua, sebaiknya isu ini dibiarkan sementara waktu sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan nanti. Bimbang kalau kita mensensasikannya terlalu awal, UMNO akan guna kesempatan ini untuk rasionalkan apa pun keputusan kes Anwar di Mahkamah Rayuan nanti.
No comments:
Post a Comment