Dari banyak-banyak perbincangan mengenai punca
sebenar nahas membabitkan sebuah bas ekspress di jalan Genting-Kuala Lumpur
yang mengorbankan 37 nyawa kelmarin, kenapa tak satu pun yang menjadikan UMNO
sebagai punca kepada terjadinya kemalangan tersebut?
Walhal itu memang salah UMNO kerana keadaan jalan
dan masalah teknikal bas yang dikatakan mengalami masalah brek, memang menjadi
tanggungjawab kerajaan untuk memperbaiki/memantaunya.
Malah aku mendengar, pemandu bas tersebut pun ahli
MCA dan silap-silap, salah seorang dari 3% cina yang mengundi BN dalam PRU yang
lepas.
Siapa tahu kan?
Memang orang UMNO akan gelakkan kita kalau perkara
ini dibangkitkan nanti, tapi hakikatnya, tanggungjawab siapa untuk pastikan
keadaan jalan yang lebih baik dan selamat, kalau bukan tanggungjawab kerajaan
pusat!!
Jalan menuju ke destinasi perlancongan terkenal
seperti Genting Highland itu, perlulah lurus agar mudah dikunjungi pelancung,
bukan bengkang bengkok sehingga boleh mengancam nyawa seperti sekarang.
Kegagalan UMNO menaik taraf jalan itu agar lebih
selamat untuk dikunjungi pelancung, telah menjadi punca kepada kemalangan yang
mengorbankan begitu banyak nyawa kelmarin.
Begitu juga dengan masalah teknikal bas.
Walaupun bangkai bas itu masih berada di dalam gaung (setakat artikel ini
ditulis), tapi itu kenyataan dari mangsa yang terselamat membuktikan bahawa
kerosakan mekanikal (brek) adalah punca kenapa bas tersebut terbabas masuk
kedalam gaung.
Agensi mana yang sepatutnya memastikan kenderaan
pengangkutan awam seperti bas ini perlu berada dalam keadaan baik melalui
pemeriksaan berkala? PUSPAKOM – agensi dibawah kerajaaan pusat yang
diterajui UMNO/BN.
Justeru, aku mendesak kepada semua keluarga mangsa
yang terlibat dalam kemalangan tersebut (baik hidup atau mati), agar membuat
laporan polis atas kecuaian yang dilakukan UMNO sehingga kemalangan tersebut
terjadi.
Ini bukan kali pertama kenderaan terjun ke dalam
gaung kerana keadaan jalan yang berbengkang bengkok dan bahaya seperti di
Genting tu. Sudah banyak kes sebelum ini, tapi kerana tidak ada tindakan
diambil, maka ia berlarutan sehingga sekarang serta memakan lebih banyak korban
lagi.
Pakatan Rakyat pasti bersedia untuk membantu
sekiranya semua keluarga mangsa (majoriti CIna) membuat keputusan untuk
mengheret UMNO ke Mahkamah atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan kemalangan
tersebut berlaku.
Kita ada cukup peguam yang boleh dikerah pada
bila-bila masa untuk membantu waris kepada mangsa yang terbunuh/tercedera dalam
kemalangan ini.
No comments:
Post a Comment