Friday, August 23, 2013

Siapa Sebenarnya Bunuh Altantunya?



Agak mengejutkan juga bila Mahkamah Rayuan sebentar tadi membebaskan Chif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Omar dari tuduhan membunuh model Mongolia, Altantunya Shariibu pada tahun 2006.

Memandangkan keputusan ini baru sahaja keluar, aku sendiri pun kurang pasti sama ada alasan pembebasan ini adalah kerana sebab teknikal atau kerana memang kedua tertuduh tersebut tidak terlibat dengan pembunuhan itu.

Jika mereka berdua tidak terlibat, persoalannya sekarang ialah, siapa yang bunuh Altantunya?

Takkan Altantunya bunuh diri sendiri kot.  Kalau itulah sebabnya, siapa pulak yang meletupkan tubuh badannya di kawasan terpencil Puncak Alam nun?

Pihak polis perlu menyiasat perkara ini dengan selanjutnya dan mencari pembunuh sebenar Altantunya untuk dihadapkan ke Mahkamah.

Jika pembebasannya atas alasan teknikal, aku memang sangat berminat untuk tahu apakah alasan teknikal tersebut?  Teknikal macam mana pun, sudah ada yang terbunuh dan jadi pembunuh.  Itu saja yang penting pada aku.

Adakah siapa peduli pada alasan teknikal bila ada diantara ahli keluarga yang dibunuh orang?  Nobody cares!!  Yang kita nak tahu siapa yang bunuh saja, soal dia tak boleh nak disabitkan atas alasan teknikal, itu sebab lain.

Bercakap tentang alasan teknikal ni, aku harap tidak ada siapa yang cuba mengaitkannya dengan kes dakwaan liwat yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dibebaskan atas alasan teknikal pada Januari 2012.

Kes itu berlainan walaupun Mahkamah ada bukti DNA yang dijumpai dalam dubur Saiful itu adalah milik Anwar.

Lagipun dalam kes tersebut tidak ada nyawa yang melayang dan perbuatan liwat ini hanya salah pada pandangan orang Islam di Malaysia sahaja.  Di merata tempat dalam dunia, liwat telah diterima sebagai salah satu hak asasi manusia yang perlu dihormati setiap orang.

Yang paling penting sekarang ialah, Pakatan Rakyat harus bersedia untuk mensensasikan isu ini dengan lebih hebat lagi kerana aku melihat ada peluang besar disitu untuk memberi penjelasan kepada rakyat.

Walaupun kaitan pembunuhan ini dengan Najib mungkin sukar untuk dibuktikan lagi setelah SUARAM sendiri mengesahkan Altantunya tidak terlibat dalam proses perolehan Scorpene, tapi ada sudut perbincangan lain dimana kerajaan masih boleh dipersalahkan dan Pakatan Rakyat boleh medapatkan untung  politik.

No comments: