Pengumuman kenaikan harga minyak memang mengundang kemarahan rakyat. 'Hadiah' hari kemerdekaan ke 56 negara dari Najib ini memang antara jenis hadiah yang kita semua tidak mahukan dari mana-mana pemimpin kerajaan pun.
Aku dimaklumkan, yang Pakatan Rakyat melihat masalah yang jauh lebih besar lanjutan dari kenaikan ini, bukan setakat kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti biasa.
Dari kaji selidik yang dijalankan malam tadi, Pakatan Rakyat menjangka lebih 50% dari keseluruhan rakyat negara ini akan menerima kesan langsung daripada pengumuman tersebut. Baki yang tidak terjejas adalah mereka yang terdiri dari kalangan kroni-kroni UMNO, hartawan, jutawan dan yang semacam itu.
50% bukan sedikit, tapi merangkumi 14 juta orang. Tambah mengejutkan, Pakatan Rakyat turut difahamkan oleh pihak penyelidik terbabit, sekitar 100-200 ribu orang bakal terdedah kepada masalaah kebuluran yang serius akibat peningkatan mendadak harga barang lanjutan dari kenaikan terbaru ini!!
Fakta ini mungkin mengejutkan pada sesetengah orang kerana kebuluran tidak pernah berlaku di negara kita, tapi jangan lupa dengan kenaikan kos sara hidup masa kini, perkara itu tidak mustahil daripada berlaku.
Apatah lagi negara kita sudah sedia ada mempunyai beratus ribu gelandangan yang hidup merempat di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Mereka ini semua berpotensi untuk terlibat dengan krisis kebuluran yang disebutkan tadi.
Kenaikan harga minyak sebanyak RM 0.20 sen seliter ini juga boleh menjerumuskan rakyat negara ini ke arah masalah sosial yang lebih besar, disebabkan oleh kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang berlaku secara mendadak.
Memang dulupun BN pernah menaikkan harga minyak setinggi RM 0.78 sen seliter (RM 2.70), tapi keadaan pada waktu itu sangat berbeza dengan sekarang. Minyak yang naik pun adalah dari jenis premium, RON 97, berbanding dengan sekarang RON 95.
Jadi semua kebarangkalian ini memang boleh berlaku dan hanya menanti saat untuk berlaku sahaja.
Apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini, sudah tentulah dengan mendesak perubahan kerajaan berlaku di peringkat persekutuan, mengikut saluran undang-undang yang ada. Nak tunggu pilihanraya umum, mungkin akan memakan masa yang panjang.
Dalam masa yang sama, untuk meringankan beban rakyat, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat mungkin boleh memberikan kad diskaun minyak kepada rakyat di negeri masing-masing. Aku dengar perkara ini sedang rancak dibincangkan dan hanya menunggu kelulusan akhir untuk dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment