Tuesday, September 3, 2013

Nilai Ringgit Merosot: Zeti Perlu Letak Jawatan

Antara alasan yang diberikan kerajaan sehingga membawa kepada penurunan harga minyak yang diumumkan semalam ialah akibat kesan penurunan pada nilai ringgit.di pasaran matawang antarabangsa.

Logiknya, berikutan nilai ringgit berbanding dollar yang semakin menyusut, harga se tong minyak mentah yang diimport ke negara ini semakin meningkat.  Kalau dulu satu tong minyak harganya sekian sebab nila tukarannya sekian, sekarang ia sudah meningkat akibat kejatuhan nilai ringgit.

Walaupun aku tahu pasaran matawang tidak stabil berikutan wujud ancaman berlakunya peperangan di Asia Barat antara USA dan Syria, tapi penurunan nilai matawang kita, pada perkiraan aku adalah sangat pelik.

Sebab, berdasarkan maklumat dari pakar-pakar ekonomi yang rapat dengan Pakatan Rakyat, matawang negara serantau seperti Australia dan Singapura bertambah mengukuh, bagaimana matawang negara kita sahaja yang boleh terjejas?

Ini tidak masuk akal.

Itu yang mencetus persoalan kepada semua orang, apatah lagi khabarnya masalah seumpama ini tidak pernah berlaku sepanjang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu, selain satu kes terpinggir melibatkan penggunaan secara berlebihan wang negara oleh Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan nilai ringgit pada pertengahan 90-an.

Tapi itu bukan kerana campur tangan Anwar, sebaliknya kesilapan Bank Negara sendiri pada waktu itu.

Oleh yang demikian, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Aziz perlu meletakkan jawatan dengan segera, sekiranya dia gagal memberi penjelasan kepada rakyat kenapa kejatuhan secara besar-besaran ini boleh berlaku..


Kalau semua masih ingat, kenaikan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa dan penyusutan nilai ringgit adalah antara alasan yang kerap digunakan BN untuk menjustifikasi pengurangan subsidi minyak.

Oleh kerana pengurusan matawang negara ini adalah terletak sepenuhnya dibawah pemantauan Zeti, maka dia perlu bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan dalam membuat keputusan sehingga membawa kepada kejatuhan tersebut.

Mungkin setelah matawang kita distabilkan, kerajaan BN tidak ada alasan lagi untuk menghukum rakyat ini dengan pengurangan subsidi yang membawa kepada kenaikan harga minyak di pasaran tempatan.

No comments: