Tuesday, September 3, 2013

Pakatan Rakyat Setuju Lamb Of God Dihalau Dari Malaysia

Dalam kesibukan semua orang bercakap tentang harga minyak yang dinaikkan Najib semalam, ada satu perkara penting yang tenggelam dek kenaikan tersebut.

Isunya ialah tentang kunjungan kumpulan Lamb Of God (L.O.G) ke Malaysia untuk mengadakan konsert bergerak mereka di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini.

Mungkin pada sesetengah orang isu kedatangan kumpulan rock tersebut disini tidak sehebat isu kenaikan minyak semalam, tapi penganut agama Kristian umpamanya, sangat membantah kebenaran yang diberikan kerajaan supaya kumpulan tersebut dapat beraksi disini.

Isunya bukan kerana status kumpulan tersebut sebagai kumpulan Heavy Metal, tapi pembawakan kumpulan tersebut dalam persembahan mereka yang lebih cenderung kepada menghina agama lain, terutama agama Kristian.

Kesemua ahli kumpulan tersebut juga berfahaman anarki dan menolak konsep ketuhanan konvensional seperti yang menjadi ikutan semua orang.


Selain dari itu, ada juga laporan yang mengatakan ahli-ahli kumpulan tersebut gemar bertindak liar ketika mengadakan persembahan, malah dalam satu kejadian di Republik Czech, sehingga mengorban nyawa seorang peminat pun.

Maka itu Pakatan Rakyat menyokong gesaan banyak pihak agar kehadiran kumpulan tersebut di negara ini dihalang dan permit penganjuran mereka yang telah diluluskan agar di tarik balik.

Walaupun setakat ini kebanyakkan yang membuat bantahan itu adalah pihak-pihak yang ada kaitan dengan kumpulan beragama Islam, tapi itu tidak bermaksud kumpulan agama yang lain juga tidak boleh terjejas dengan konsep muzik menyeleweng yang dibawa kumpulan tersebut dalam persembahan mereka nanti.

No comments: