Wednesday, September 4, 2013

Cukup-Cukupla Main Isu Bangla

Entah siapalah malaun dalam PKR sana yang masih berhajat memainkan isu pekerja Bangla dibawa masuk untuk menjadi pengundi hantu BN dalam PRU14 yang akan datang.

Memang R Sivarasa yang bagi cadangan tapi aku dengar ada yang mencucuk dari dalam.

Cuma isunya disini, cerita itu ternyata sudah tidak dapat sambutan, melihat dari kegagalan membuktikan tuduhan yang hampir sama dalam PRU13 yang lepas. 

Pasukan yang ditubuhkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kononnya untuk menyiasat perkara tersebut pun, masih diam sehingga sekarang, tidak ada apa-apa khabar berita tentang kemajuan dalam siasatannya.

Jauh dari beri kelebihan, isu tersebut sekarang jadi senjata makan tuan. 

Tak pasal-pasal Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh sebagai penipu kerana beliau adalah yang mula-mula sekali membangkitkan perkara tersebut kepada media dengan menuduh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai dalang.

Nasib baik JPM pun tidak cukup bijak untuk menyaman Anwar atas kenyataan itu sehingga sekarang.  Kalau tidak perkara itu pasti berlarutan sehingga menjejaskan imej Pakatan Rakyat di kalangan rakyat buat masa yang sangat panjang.

PKR sepatutnya memanipulasi sepenuhnya isu kenaikan harga minyak sebanyak RM 0.20 kelmarin.  Ini penting sebab ada kajian menunjukkan kesan kenaikan itu boleh menyebabkan segelintir penduduk di negara ini mengalami masalah kebuluran akibatk kenaikan kos kehidupan.

Jangan sampai dakyah dan propaganda BN kononnya kesan kenaikan harga minyak ini adalah sangat minimal, mempengaruhi pemikiran rakyat, seperti yang sedang berlaku sekarang.

Aku lihat semakin ramai orang percaya nilai kenaikan kos minyak antara RM 8 – RM 10 (bergantung kepada kapasiti enjin) untuk satu isian penuh, tidak akan menyebabkan sesiapa jatuh miskin atau terlibat dengan kebuluran.

Lebih-lebih lagi di kalangan rakyat yang mempunyai pendapatan di peringkat pertengahan (middle group), nilai itu tidak langsung menjejaskan kos harian mereka.  Berhibur di kelab-kelab malam pun seminggu sekal 

PKR perlu mencari jalan berkesan sebelum lebih ramai percaya kos itu tidak begitu membebankan, bukan menggunakan pendekatan yang sudah terbukti tidak menguntungkan Pakatan Rakyat dalam apa segi sekalipun.

No comments: