Wednesday, September 4, 2013



Cadangan untuk memperkenalkan semula petrol jenama RON92 oleh BN, setelah gagal memberikan penjelasan yang munasabah kenapa harga RON05 perlu dinaikkan sebanyak RM 0.20 kelmarin, adalah satu cadangan yang paling bodoh dalam sejarah.

Ini kerana, tidak seperti RON95, hampir 90% kenderaan di negara ini tidak akan boleh menggunakan minyak tersebut kerana rekaan enjin kebanyakkan kereta di negara kita tidak boleh menerima minyak tersebut kerana kandungan karbon yang begitu tinggi (leaded).

Jangan kata RON92, RON95 pun tidak boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan, ada juga yang tidak boleh menggunakannya seperti kenderaan berprestasi tinggi dan mewah, tapi lebih banyak yang boleh menggunakan minyak jenis itu, tak mengapalah.

Jadi pengenalan semula RON92 ini hanya akan menyusahkan lagi pengguna kenderaan di negara kita kerana perlu membuat pengubahsuaian pada enjin bagi membolehkan minyak tersebut digunakan seperti kenderaan-kenderaan di negara Eropah.

Itu pun kita tidak pasti berapa lama harga minyak ini boleh bertahan pada kadar yang murah, mungkin setahun atau lebih sebelum minyak jenis itupun akan dinaikkan juga oleh BN, menggunakan alasan yang hampir sama seperti sekarang.

Sedangkan dari apa yang aku difahamkan perbelanjaan untuk memasang penapis karbon yang lebih berkeupayaan bagi membolehkan RON92 digunakan adalah tinggi dan membebankan pengguna kenderaan yang tidak berkemampuan.

Kalau mampu sekalipun, berbaloikah jumlah wang yang banyak itu nanti dibazirkan untuk penjimatan yang sangat singkat tempohnya?

Jadi Pakatan Rakyat seharusnya menghalang cadangan ini dari dilaksanakan kerana ia hanya menyusahkan rakyat yang semakin terbeban dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan lanjutan dari kenaikan harga RON95 sebanyak RM 0.20/liter kelmarin.

Baru 2 hari RON95 dinaikkan pun, sudah ada banyak laporan di sana sini yang menunjukkan penderitaan rakyat yang disebabkan oleh kenaikan bahan api tersebut. 

Kenaikan yang begitu mendadak itu menyebabkan ada dikalangan rakyat yang kehilangan rumah, kereta dan sebagainya kerana tidak mampu menampung kos hidup yang melonjak naik secara tiba-tiba.

No comments: