Thursday, September 5, 2013

Wajarkah Rakyat Dibebankan Kenaikan Minyak Untuk Naikkan BR1M?

Selain kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa dan penurunan nilai ringgit, BN juga menjadikan alasan penjimatan sebanyak lebh RM 3 billion dari pengurangan subsidi petrol dan diesel sebanyak RM 0.20 yang diumumkan kelmarin, akan digunakan, antara lain untuk membantu golongan berpendapatan lebih rendah dengan menaikkan jumlah BR1M tahun depan.

Adakah ini wajar?  Kepentingan sebahagian besar rakyat, terpaksa dikorbankan untuk segelintir rakyat yang berpendapat kurang RM 3,000?  Aku tidak rasa terlalu ramai sangat orang yang pendapatan isi rumah kurang RM 3,000 di Malaysia hari ini.

Tak sampai 10% pun.

Lebih ramai lagi yang berpendapatan lebih tinggi dari itu (terutama yang duduk di bandar) dan semua mereka ini tidak menerima BR1M kerana tidak layak.  Tapi kerana UMNO nak membantu segelintir yang kecil dengan BR1M, mereka ini pula yang terpaksa menanggung bebannya.

Dimana keadilannya macam itu?

Memang aku akui cakap bodoh-bodoh UMNO ni, yang BN tak pernah janji nak naikkan harga minyak.  Tapi bodoh-bodoh ni jangan lupa, BN pun tak pernah janji nak naikkan harga minyak.  Jadi rakyat yang mengundi BN tempoh hari berharap agar harga minyak kekal seperti dulu setidak-tidaknya.

Ini dinaikkan lagi RM 0.20.  Tak pasal-pasal ada yang terpaksa mengikat perut kerana kenaikan terbaru ini mengurangkan pendapatan bulanan mereka sebanyak 30% untuk menampung kenaikan terbaru petrol dan diesel ini. 

Disitu saja membuktikan memang benarlah BN sudah mungkir janji, sebab dia tidak laksana apa yang dia janji (secara tidak langsung) untuk buat dalam manifesto PRU13 yang lepas.

Walaupun baru 3 hari, kesan dari kenaikan tersebut kita sudah lihat dimana-mana hari ini.  Banyak restoran-restoran yang lengang kerana kenaikan kos bahan api menyebabkan orang lebih senang minum di rumah atau buat air sendiri di tempat kerja.

Jalan-jalan raya dan lebuhraya juga mengalami jumlah penurunan kenderaan yang mendadak sebab kenaikan yang terlalu tinggi dan dalam jangka masa yang singkat ini, tidak mampu ditanggung oleh sebahagian besar rakyat.

Aku kasihan kepada anak-anak kecil yang terpaksa berjalan kaki ke sekolah kerana ibu bapa tidak lagi mampu menghantar mereka ke sekolah dengan kereta, atau membayar tambang bas yang semakin mahal berikutan kenaikan harga bahan api.

Malah aku mendengar, harga barangan keperluan seperti beras, susu, gula, tepung dan banyak lagi dalam jangka masa yang singkat, telah menyebabkan ada keluarga yang terpaksa mengurangkan jumlah makan dalam satu hari.

Kalau dulu sehari 3 kali makan, sekarang hanya sekali atau dua kali makan saja.

Begitulah hebatnya kesan kenaikan minyak sebanyak RM 0.20 ini yang tidak langsung di ambil kira oleh para pembuat keputusan di Putrajaya.

Ini baru 3 hari, setahun, 2 tahun?  Aku malas nak bayangkan, kau orang fikirlah sendiri.

No comments: