Thursday, September 5, 2013

Untuk Kekal Minyak Murah, BR1M Wajar DIhapuskan

Masih berkaitan dengan BR1M.  

Setelah difikir-fikirkan semula, aku rasa adalah lebih baik BN menghapuskan BR1M ini dan mengembalikan peruntukan tersebut ke dalam subsidi minyak supaya harga minyak boleh kekal murah sepanjang masa.

Kalau Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 yang lepas, tahun depan memang sudah tidak ada lagi BR1M, sebaliknya digantikan dengan penurunan harga minyak, penghapusan PTPTN, tol dan sebagainya yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Rakyat.

Yang mana nilainya jauh lebih banyak dari BR1M, serta mencakupi jumlah penerima yang lebih ramai.

BR1M ini hanya membebankan lebih ramai orang, berbanding dari memberi keuntungan.  Jumlah sekali dapat (lump sum) setahun sekali ini, tidak langsung membantu rakyat untuk menggantikan kehilangan pendapatan yang disebabkan oleh kenaikan harga minyak.

Itu kalau dapatlah, yang tak dapat? Melopong!!


Lagipun kalau kita lihat dunia hari ini, kebanyakkan negara yang memberikan minyak pada harga yang sangat murah kepada rakyatnya, adalah negara yang maju dan berjaya.  Venezuala, Arab Saudi, Nigeria, Mesir, Brunei dan sebagainya adalah antara negara yang wajar dijadikan contoh.

Venezuala umpamanya, hanya menjual minyak pada kadar RM 0.10 seliter sahaja kepada rakyatnya, dan negara itu maju dan aman sehingga kini.  Jarang kita dengar ada apa-apa masalah berlaku di Venezuala, kecuali semasa Hugo Chavez menjadi Presiden sajalah.

Brunei pun begitu, Nigeria pun begitu, Arab Saudi pun sama. Semuanya maju dan aman kerana harga minyak negara masing-masing yang dijual kepada rakyat adalah begitu rendah sekali berbanding dengan negara ini.

Alasan BN yang mengatakan negara-negara tersebut tidak boleh dibuat perbandingan kerana simpanan minyak negara kita tidak sebanyak mereka, adalah alasan yang tahyul dan bodoh, sama bodoh dengan pakar-pakar yang meramalkan kononnya simpanan minyak dunia akan habis pada tahun 2015!!

Masih banyak lagi kawasan dalam negara kita yang masih boleh diteroka untuk mendapatkan minyak dalam jumlah yang banyak.  

Di Kelantan umpamanya, minyak petrol dijumpai di bahagian darat negeri tersebut, kenapa tidak bawa keluar secara besar-besaran?  Sebab taknak bayar royalti?

Walaupun sampel minyak yang dijumpai di Tumpat itu, agak sedikit berbeza dengan minyak mentah yang biasa dijumpai di dasar-dasar laut, tapi ia masih minyak juga dan boleh dikomersialkan secara besar-besaran kalau mahu.

Cuma masalahnya, kerajaan negeri tidak ada kemampuan itu yang hanya dimiliki oleh kerajaan persekutuan melalui agensi seperti Petronas.

Kesimpulannya, tidak ada negara yang maju kerana pemberian tunai kepada rakyat seperti BR1M tapi ada negara yang maju kerana minyak dijual pada harga murah kepada rakyatnya seperti contoh yang aku berikan di atas.  

Ini yang aku pelik kenapa begitu ramai yang memandang tinggi program BR1M ini walaupun ia terbukti tidak memberi kesan kepada kemajuan negara.

Selain mempunyai unsur-unsur rasuah untuk mendapatkan undi.


No comments: