Bukan sedikit orang yang terkejut dengan kedudukan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang berada di kedudukan ke 5 dari 20 orang anggota CEC DAP yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan semula yang diadakan semalam.
Ini sangat berbeza dengan pemilihan pertama Disember lepas dimana Guan Eng mendapat 1.576 undi berbanding 1,304 undi sahaja semalam - merosot sebanyak 272 undi.
Seolah-olah berlaku protes secara senyap oleh ahli-ahli DAP terhadap kepimpinan Guan Eng, terutama sejak PRU13 berakhir.
Dipandang dari satu sudut yang lain, kejatuhan Guan Eng ini jelasnya diakibatkan oleh protes besar-besaran yang ditunjukkan oleh perwakilan kaum India DAP yang jelas tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan Guan Eng di dalam parti tersebut.
Walaupun Guan Eng dikekalkan kedudukkannya sebagai Setiausaha Agung, tetapi aku sudah mendengar akan ada desakan selepas ini supaya anak Karpal Singh, Gobind Singh Deo atau Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong (yang memperolehi kedudukan lebih baik dari Guan Eng) diberikan jawatan tersebut.
Yang akan mengepelai desakan ini nanti ialah perwakilan kaum India yang dipimpin M Kulasegaran, secara tidak langsung membuktikan bahawa kedudukan merosot Guan Eng sekarang adalah diakibatkan oleh sabotaj dari kaum India.
Ini tidak mengejutkan kerana Guan Eng memang diketahui memberi begitu banyak kelebihan kepada kaum Cina yang memberikan sokongan penuh kepada DAP dalam PRU13 yang lepas berbanding dengan etnik-etnik lain.
Nak menyalahkan beliau pun tidak boleh kerana memang itulah yang patut dilakukan. Samalah keadaannya seperti Najib memberi begitu banyak keistimewaan kepada orang Melayu yang kekal setia menyokong UMNO dalam pilihanraya umum lepas.
Termasuk baru-baru ini menaburkan begitu banyak wang bagi meningkatkan ekonomi orang Melayu..
Sikap Guan Eng itu bagaimanapun mendapat respon negatif dari perwakilan India yang berasakan meereka dianak tirikan oleh parti tersebut. Inilah yang diterjermahkan dalam pemilihan semalam bila Guan Eng gagal mengekalkan kedudukan ditempat kedua seperti mana dalam pemilihan yang pertama.
Aku rasa aku dah sebut dulu, perwakilan India ini patut diketepikan dalam pemilihan semula, tapi degil. Sekarang lihatlah apa dah berlaku!!
No comments:
Post a Comment