Saturday, September 28, 2013

SPRM Patut Siasat ADUN Luyang Keluar DAP


Tindakan ADUN Luyang, Sabah dari DAP, Dr. Hiew King Cheu yang mengumumkan keputusan untuk keluar parti dan menjadi ADUN Bebas semalam, sebetulnya mewajarkan satu siasatan mendalam oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Pakatan Rakyat yakin tindakan ini bermotifkan wang dan sogokan.  Memang kita tidak ada bukti sekarang tapi logiknya mana mungkin seorang ADUN seperti Hiew Kang keluar dari parti begitu sahaja tanpa ada godaan lain yang menanti?

Walaupun tindakan keluar parti ini tidak mengubah apa-apa kepada struktur pemerintahan negeri Sabah, tapi ia mampu memberikan kemenangan moral kepada penyokong UMNO dan Barisan Nasional di negeri tersebut.

Dalam keadaan sekarang, itu saja (kemenangan moral) sudah cukup untuk UMNO/BN, maka tidak mustahil kalau mereka sanggup berbelanja besar untuk membawa Hiew Kang keluar.

Kebimbangan aku yang lain, rakyat pasti berasa was-was untuk mengundi calon-calon DAP lagi selepas ini kerana tahap kepercayaan mereka yang boleh dipertikaikan.  Setelah kempen dan usaha berterusan untuk memastikan kemenangan calon, senang-senang sahaja mereka isytihar keluar parti bila sudah menang.

Maka itu penting perkara ini diteliti punca dan sebab musababnya.

SPRM perlu memulakan siasatan ini di pejabat Ketua Menteri Sabah kerana disitulah dimana lubuk duit berada.  Aku yakin bukan murah dan mudah nak membawa seorang ADUN dari DAP keluar, kerana parti itu biasanya terkenal dengan tahap akauntabiliti yang sangat-sangat tinggi.

Melainkan ada pengaruh wang yang banyak sehingga boleh membutakan mata orang yang paling jujur dalam dunia sekalipun.  Justeru, tidak ada tempat lain dimana sumber yang banyak ini boleh diperolehi melainkan pejabat Ketua Menteri Sabah.

Betullah ada khabar sebelum ini yang menunjukkan Hiew Kang ada masalah dalaman dengan beberapa pemimpin DAP negeri, malah sebelum ini pun ura-ura Hiew Kang mahu keluar parti sudah kedengaran. Tapi aku tidak yakin hanya kerana masalah itu sahaja dia keluar parti.

Pertelingkahan dalaman berlaku dimana-mana saja organisasi politik dalam negara ini, biasalah.  Aku yakin sangatlah ini bukan tentang perbezaan pendapat politik, tapi tentang tawaran wang yang banyak.

DAP juga perlu turut mengambil tindakan keras dengan membawa Hiew Kang ke Mahkamah.  Difahamkan setiap calon pilihanraya DAP telah menandatangani satu perjanjian yang membolehkan mereka dibawa ke Mahkamah jika mengambil keputusan keluar parti setelah menang.




No comments: