Kebelakangan ini banyak betul orang bercakap tentang komunisme, lebih-lebih lagi setelah Setiausaha Agung PKM, Chin Peng menghembuskan nafas terakhir pada pagi sambutan hari Malaysia ke 50 pada 16 September yang lepas.
Dari setakat hujah sehinggalah kepada titah, semuanya mengarah kepada keburukan perjuangan komunis ini semata-mata. Tidak ada satu pun yang mahu menggesa kerajaan supaya mengiktiraf sumbangan komunis, terutama semasa pendudukan Jepun di negara ini.
Kalau British boleh mengiktiraf PKM dengan menganugerahkan Chin Peng dengan pingat OBE, kenapa Malaysia tidak boleh dengan penganugerahan SP atau PGB untuk sumbangan menghalau penjajah Jepun?
Paling tidak berilah pingat Datuk. Hari ini bersepah orang dengan gelaran tersebut walaupun hakikatnya sumbangan mereka lebih kepada non lethal punya sumbangan, berbanding dengan Chin Peng yang memimpin pergerakan bersenjata untuk menolak Jepun keluar dari Malaya.
Apa yang lebih besar dari itu?
Silap-silap, pengunduran keluar Jepun dari negara ini bukan disebabkan oleh pengoboman Hiroshima dan Nagasaki, tapi kerana tentangan yang diberikan gerila PKM yang dipimpin Chin Peng, bersama-sama unit kecil Bristish seperti Force 136 dan sebagainya.
Itu sebablah aku cadangkan agar perjuangan komunis ini dikaji semula dengan fakta yang lebih tepat. Lupakan sekejap soal kekejaman komunis yang terlalu digembar-gemburkan tu, sebaliknya lihatlah fakta sejarah sebenar supaya rakyat tahu komunis juga ada sumbangan
Fakta-fakta sejarah negara hari ini, samada bersifat berat sebelah atau tidak boleh dipakai langsung. Apatah lagi UMNO yang menguasai kerajaan sejak dulu, mengambil kesempatan dari kemunduran dan kebodohan generasi lama (berbanding generasi sekarang), lagi mudahlah fakta ini diselewengkan.
Lainlah kalau waktu dulu ada Internet macam sekarang, dimana rakyat boleh membuat perbandingan dan penilaian.
Kalau selepas kajian semula itu nanti dan memang disahkan bahawa pergerakkan komunis adalah pergerakkan pengganas, maka aku tidak nampak masalah kenapa rakyat tidak boleh hakikat bahawa komunis ini sememangnya musuh negara.
Tapi pastikanlah bahawa kumpulan yang diharap untuk membuat kajian semula itu nanti, mempunya merit dari segi kelayakan dan kecenderungan politik. Untuk lebih adil, wakil dari PKM juga sepatutnya dimasukkan dalam jawatankuasa tersebut, baru betul.
Kalau muka-muka sama seperti Ramlah Adam, Khoo Kay Kim dan beberapa ekor lagi, lupakan sajalah sebab banyak pandangan dan kajian menunjukkan mereka ini tidak layak dan penemuan mereka tidak boleh dipakai.
No comments:
Post a Comment