MULA-MULA aku tak pasti siapa sebenarnya yang memulakan cerita bahawa bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia semalam, bukan mati secara semulajadi, tapi disengajakan oleh pihak Hospital untuk melindungi kebobrokan kerajaan baru BN Kedah.
Asalnya aku fikirkan perkara ini dibangkitkan oleh UMNO sendiri untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dengan teori konspirasi mengarut.
Mana tidaknya, tentu-tentulah arwah ni ada macam-macam penyakit, malah dah dipotong kaki pun sebelum ini kerana kencing manis, apa yang susah-susah sampai dia nak 'dibunuh' pula?
Sudah tentulah tidak masuk akal sama sekali dan cerita seumpama ini yang disebar secara meluas di Facebook semalam berniat untuk membodoh-bodohkan Pakatan Rakyat.
Tapi hasil dari maklumat pimpinan Pakatan Rakyat sendiri, ternyata ada keraguan dalam soal kematian Azizan semalam.
Cuma sebelum itu aku nak jelaskan disini, aku bukan bermaksud menuduh atau mengiyakan dakwaan Azizan ini sebenarnya mati 'dibunuh', tapi aku katakan, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan yang sewajarnya.
Jika boleh aku berkongsi sedikit beberapa keraguan yang ditimbulkan pemimpin Pakatan Rakyat semalam, antaranya:-
- Arwah sebelum ini sihat sewaktu di rawat di Pulau Pinang (negeri ditadbir Pakatan Rakyat) tapi mula menghadapi pelbagai komplikasi sejak dipindahkan ke Alor Setar, Kedah (ditadbir BN).
- Kaki arwah telah dipotong sehingga ke paras peha akibat jangkitan kuman yang disebabkan penyakit kencing manis, tapi laporan awal punca kematiannya mengatakan, ada jangkitan baru pada kaki Allahyarham!! Mana ada kaki lagi sehingga berlaku jangkitan baru?
- Keterangan kakitangan hospital yang mendakwa doktor hospital Sultanah Bahiyah menyuntik ubat merbahaya kepada arwah ini dikatakan ada merit dan pelapor berkenaan Ridhwan Shafawi, ada bukti sahih mengenainya.
- Doktor dan kakitangan hospital dimana Azizan dirawat adalah dibayar gaji mereka oleh kerajaan BN, maka itu dakwaan yang mengatakan doktor menerima arahan supaya menyuntik ubat bahaya dalam badan Azizan, tidak boleh disingkirkan begitu sahaja.
Justeru aku menyarankan agaran siasatan dijalankan bagi mencari punca sebenar kematian Allahyarham. Mayatnya perlulah digali keluar dari kuburnya supaya post mortem kedua boleh diadakan oleh pakar bebas yang dilantik Pakatan Rakyat nanti.
Seperti mana dalam kes kematian Teoh Beng Hock dulu dimana Pakatan Rakyat membawa pakar patologi dari Thailand, Dr. Pornthip untuk menjalankan autopsi kedua dan memberi keterangan di Mahkamah.
No comments:
Post a Comment