Bekas Menteri Besar Kedah selama sepenggal, Tan Sri Azizan Abd Razak sebentar tadi telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Sultanah Bahyah, Alor Setar Kedah akibat masalah jantung.
Kematian ini menandakan berlakunya kekosongan di DUN Sungai Limau yang diwakili Azizan dan mengikut perlembagaan, satu pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari sekarang.
Sementara jentera Pakatan Rakyat sudah boleh bersiap sedia untuk mempertahankan DUN Sungai Limau dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan kelak, aku menyeru kepada UMNO supaya tidak bertanding dalam pilihanraya tersebut sebagai menghormati Azizan.
Semasa hayatnya, Azizan kita tahu bukan setakat berjasa kepada negeri Kedah dan PAS, malah Azizan juga 'berjasa' kepada UMNO kerana kelemahan pentadbirannya telah menyebabkan negeri itu dirampas dengam mudah sekali dalam PRU13 yang lalu.
Nasib baik sempat juga UMNO menghargai jasa dan pengorbanan Azizan dengan anugerah Tan Sri Jun lepas, kalau tidak arwah meninggal dengan gelaran Datuk Seri sahajalah.
Dari segi Pakatan Rakyat sendiri, calon yang dilihat paling sesuai untuk menggantikan tempat Azizan, sudah tentulah Timbalan Presiden PAS sekarang, Haji Mohamad Sabu.
Mengukur dari segi kekuatan PAS dan Mat Sabu sendiri di Kedah, aku yakin kalau UMNO berkeras untuk meletakkan calon mereka disitu, PAS akan berjaya untuk menang dengan mudah, silap-silap dengan tambahan majoriti lebih besar dari 2,774 undi yang diperolehi Azizan dalam PRU13 yang lalu.
Dengan jumlah pengundi Melayu yang mencecah 93% dan kenaikan harga minyak baru-baru ini, PAS dijangka menang dengan mudah kerana Pakatan Rakyat ada banyak isu yang boleh diketengahkan untuk rakyat.
Walaupun kemenangan PAS nanti tidak akan mengubah apa-apa dari segi kerajaan negeri atau pengurangan dalam harga minyak, tapi dengan adanya Mat Sabu, sekurang-kurangnya ia akan menyukarkan laluan UMNO untuk menang mudah disini.
Apatah lagi aku difahamkan kekuatan PAS di kawasan tersebut adalah jauh lebih besar dari lebih 10,520 undi yang diperolehi Azizan, tapi kerana berlaku sabotaj atas kepimpinan Azizan pada waktu itu oleh ahli-ahli PAS sendiri, maka jumlah undi yang diperolehi arwah merosot berbanding 2008.
Dengan pencalonan Mat Sabu, aku yakin PAS akan berjaya mengekalkan kerusi di DUN tersebut dan seperti yang disebutkan tadi, dengan pertambahan majoriti.
No comments:
Post a Comment