Thursday, September 26, 2013

Terima Kasih Dr. Maza Sebab Bersama-Sama Pakatan Rakyat

Kebelakangan ini, ulama kontroversi yang juga bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin (Dr. Maza) dilihat sering mengeluarkan kenyataan yang kritis ke atas kerajaan.

Dikatakan Dr. Maza kecewa kerana banyak janji-janji Najib kepadanya sebelum PRU13 dulu, masih gagal dilaksanakan sehingga sekarang, antaranya perlantikan beliau sebagai Yang Dipertua YADIM.

Janji itulah yang menyebabkan Dr. Maza tidak menjadi calon Pakatan Rakyat walaupun ditawarkan tempat di DUN Penanti Pulau Pinang.  Tapi pengorbanan itu disia-siakan oleh Najib yang masih tidak melantiknya ke jawatan itu sehingga sekarang.

Walaupun begitu, Pakatan Rakyat merasa terhutang budi dengan Dr. Maza secara tidak langsung membantu Pakatan Rakyat dalam menghadapi dakyah UMNO, terutama apabila berhadapan dengan generasi muda ulama dari parti tersebut seperti Fathul Bari.

Sama-sama berasalh dari Perlis, sama-sama berkelulusan dalam bidang agama, ternyata percanggahan pendapat antara Dr Maza dan Fathul Bari menarik minat rakyat untuk memberikan sokongan kepada Dr. Maza.

Ini kerana, perlu diakui, dalam apa keadaan sekalipun, Dr. Maza jauh lebih hebat dari Fathul Bari, terutama dari segi pengalaman dan kelayakan, lebih lagi Dr. Maza pernah dilantik menjadi Mufti Perlis pada usia yang sangat muda, seawal 30-an.

Parti komponen Pakatan Rakyat seperti PAS, memang ada masalah sikit nak membalas hujah Fathul Bari ini kerana tidak ramai di kalangan pemimpin muda parti tersebut yang mempunyai kebolehan dan kelayakan seperti Fathul Bari.

Nasib baik dia tewas di DUN Sanglang dalam PRU13 yang lepas, kalau tidak imej calon Exco Pemuda UMNO tersebiut pasti meningkat dengan mendadak, ditambah lagi dengan kepetahannya memutar belitkan agama mengikut kesesuaian UMNO.


Maka, dengan adanya Dr Maza, Fathul Bari ibarat bertemu buku dengan ruas dan tidak lagi sewenang-wenangnya mengeluarkan tafsiran agama mengikut kepentingan UMNO.  Malah aku dimaklumkan baru-baru ini, Fathul Bari ada meminta maa kepada Dr. Maza kerana satu kesalahan yang dilakukannya.

Cuma aku tak pasti apa, tapi dengan meminta maaf itu sendiri, membuktikan, Fathul Bari tidaklah sehebat mana, Dr. Maza lebih hebat.

Untuk melengkapkan kehebatan tersebut, aku suka mencadangkan agar pimpinan Pakatan Rakyat menghulurkan salam kepada Dr. Maza dan mengajak beliau menyertai Pakatan Rakyat secara rasmi.

Sebagai perikatan politik yang fleksibel, Pakatan Rakyat ada banyak ruang dan peluang untuk Dr. Maza memulakakan langkah dalam politik.  Jika setuju dengan politik PAS, sertailah parti itu, jika tidak, PKR dan DAP bila-bila masa boleh membuka seluas-luas peluang untuk Dr. Maza.

Dengan bernaung dibawah payung Pakatan Rakyat, Dr. Maza ada platform yang lebih besar untuk menghentam dan meneruskan momentum kebencian rakyat terhadap UMNO dan BN, terutama sekali Najib Tun Razak yang dilihat semakin besar kepala bila menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO.,


No comments: