Thursday, September 26, 2013

Pakatan Rakyat Tidak Akan Buang Masa Bela Polis

Baru-baru ini ada berlaku kejadian dimana seorang anggota polis berpangkat Koperal di Melaka yang terbunuh dalam satu insiden dengan suspek pencuri besi buruk.

Anggota tersebut,Koperal Zal-Azri Abd Samad rupanya berasal dari negeri ditadbir Pakatan Rakyat, Pulau Pinang.

Hanya sebab asal usulnya begitu, maka adalah desakan supaya kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan bantuan dan pengiktirafan yang sewajarnya terhadap anggota polis ini dan keluarganya.

Aku secara peribadi, simpatilah dengan apa yang menimpa keluarga Zal-Azri ini, perasaan sama juga yang aku kongsikan bila ada yang kehilangan keluarga kerana ditembak polis atas alasan mangsa adalah suspek samseng, anggota kongsi gelap dan sebagainya.

Tapi setakat itu sajalah, simpati.  Nak beri lebih-lebih dari itu, aku tak nampak apa kewajarannya, terutama bila membabitkan hasil mahsyul negeri yang boleh digunakan untuk kebaikan dan kepentingan rakyat yang lebih ramai.

Baguslah sebab sehingga kini aku tak mendengar lagi kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan apa-apa bantuan kepada keluarga ini.  Eloklah macam itu, selamat sikit duit rakyat.  

Lagipun aku yakin kerajaan persekutuan akan memberi banyak peruntukkan kepada keluarga anggota polis yang meninggal ini.  Dari insurannya, pencennya dan macam-macam lagilah.  Malah, tak silap aku, semalam dinyatakan bahawa anggota berkenaan sudah dinaikkan pangkat kepada sarjan.

Bermaksud keluarganya akan terima pencen sebagai sarjan, bukan Koperal dan kemudahan-kemudahan lain yang layak untuk mereka dapat.

Sememangnya anggota keselamatan di Malaysia ini pelik sikit, asal mati naik pangkat, asal mati naik pangkat.  Senang betul buat duit.

Bagaimanapun, itu bukan isunya, isunya ialah sudah cukuplah segala keistimewaan dan kemudahan yang diberikan kepada polis yang mati ini.  Tak usahlah lagi kerajaan negeri nak berhabis untuk membantu keluarga polis berkenaan pulak.

Duit ni sampai bilanya yang cukup, dan kita perlu ingat, ada berapa ratus ribu anggota polis di luar sana yang kita perlu ambil kira.  Kalau semua mati tu mustahillah, tapi ambil dalam 10% mati ketika bertugas, dah berapa banyak kos dikeluarkan?

Media dibawah kawalan UMNO suka menggunakan
imej sebegini untuk menarik simpati rakyat

UMNO lainlah, dia memang suka bila ada kejadian macam ini berlaku, senang nak cari populariti politik.  Dengan sumber yang hampir tidak ada had, memang mudah untuk UMNO menaburkan wang kepada keluarga anggota polis berkenaan.

Sedangkan Pakatan Rakyat perlu berhemah dalam berbelanja.  Yang mati tentulah mati, takkanlah yang hidup ni pun nak kena menderita sama?

Yang lebih penting sekarang, polis perlu mengkaji, dimana kelemahan sehingga seorang anggota polis terlatih dan berpengalaman, boleh ditumpaskan dengan mudah oleh suspek yang katanya berusia sekitar 17 tahun?

Kurang latihan, kurang pendedahan?  Ini yang sepatutnya dikaji, bukan sibuk nak bagi bantuan sana sini.

No comments: