Bukti!! Najib Bersama Rakyat Malaysia Yang Berkhidmat Di Google |
Khabarnya, selepas Twitter, Najib Tun Razak meneruskan acara makan anginnya di San Francisco Amerika Syarikat dengan mengunjungi ibu pejabat Google di Mountain View.
Pengerusi Google, Eric Schmidt adalah seorang Yahudi Amerika Syarikat.
Orang Islam di negara ini yang begitu sensitif dengan peranan yahudi dalam mencaturkan politik serta peradaban dunia melalui pengaruh ke atas kuasa-kuasa besar, perlu melihat kunjungan Najib ini sebagai satu pengiktirafan tidak rasmi pentadbirannya terhadap Israel.
Sebab Eric Schmidt pernah diiktiraf sebagai salah seorang dari 50 orang Yahudi paling berpengaruh di dunia oleh akhbar terkenal Israel, Jurusalem Post. Pengiktirafan ini diberikan bukan setakat bangsanya yahudi, tapi juga sumbangannya terhadap Israel.
Tidak setakat itu, 2 pengasas bersama Google, Larry Page dan Sergey Brint juga adalah dari kalangan orang Yahudi juga.
Seterusnya menjadikan Google sebagai salah sebuah entiti berkaitan Yahudi/Israel yang paling berpengaruh dalam dunia.
Dan sekarang Najib mengunjungi ibu pejabat syarikat tersebut, seolah-olah secara tidak langsung memberi pengiktirafan terhadap sumbangan Google kepada Israel!!
Aku tak tahulah kalau ada orang Islam di negara ini yang memandang kunjungan ini sebagai perkara remeh. Ini isu besar yang seharusnya diambil peluang oleh Pakatan Rakyat untuk meneruskan momentum kebencian rakyat terhadap Najib yang makin pudar sejak PRU13 berakhir.
Mungkin isu ini ada implikasi tersendiri, terutama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat.
Seperti mana yang kita sedia maklum, bantahan terbuka Anwar terhadap pertubuhan yahudi APCO dahulu, telah menyebabkan ada di kalangan pelobi Yahudi di Amerika Syarikat yang mengancam untuk memutuskan hubungan dengannya.
Nasib baik Anwar cepat mengambil tindakan dengan mengadakan tour ke Amerika Syarikat bagi menjelaskan perkara sebenar, kalau tidak, tak tahulah apa nak cakap.
Maka itulah dalam hal ini peranan PAS penting. Anwar tidak perlu bercakap apa-apa, biarkan PAS bersendirian menguruskan hal ini dan rakyat (terutama orang Islam) pasti akan memberikan sokongan padu.
Sebab di kalangan orang Islam, isu yahudi ini sudah jadi isu sensitif. Tak kiralah siapa pun yang membangkitkan, pasti ada sokongan. Tinggal lagi kecil atau besar sajalah.
No comments:
Post a Comment