Wednesday, September 25, 2013

Boikot Obama: Apa Pendirian Anwar?

Kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke negara ini pada bulan depan, sudah menjadi trauma baru di kalangan rakyat negara kita.  

Dengan ura-ura Amerika Syarikat akan menyerang Syria atas dakwaan menggunakan gas beracun ke atas rakyat sendiri, sudah tentu kunjungan Obama ke sini mencetus perasaan tidak puas hati rakyat terhadap pentadbiran Najib.  

Seolah-olah Najib merestui tindakan Obama untuk menyerang Syria.

Maka tidak hairanlah kenapa kempen mengambil tanda tangan di kalangan rakyat bagi membantah kehadiran Obama telah pun dimulakan di seluruh negara dan sudah ramai pemimpin Pakatan Rakyat (terutama dari PAS) yang mula bercakap tentang soal ini.

Bagaimanapun, rakyat masih menunggu pendirian Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan pendirian sebenar beliau berhubung kedatangan Obama.

Ini penting kerana di negara ini, tidak ada isu yang betul-betul boleh dianggap sebagai isu, kalau tanpa penglibatan Anwar.  Hanya Anwarlah dimana rakyat menaruh harapan untuk membawa sesuatu isu berkaitan keluh kesah rakyat sehingga mendapat perhatian kerajaan.

Walaupun aku tahu Anwar punya hubungan baik dengan Amerika Syarikat, termasuk menyokong keselamatan sekutu Amerika Syarikat di Timur Tengah, Israel, tapi dalam hal Syria ini nampaknya rakyat mahu Anwar mempunyai pendirian yang lain.


Rakyat mahu lihat Anwar menentang cadangan Amerika Syarikat untuk menentang Syria walaupun itu bermaksud akan menjejaskan hubungan baik Anwar dengan para pelobi berpengaruh di negara tersebut, terutama dari kalangan pelobi yahudi.

Sementara itu, dalam masa yang sama, ada juga pihak yang tidak mahu Anwar masuk campur dalam soal ini serta membiarkan Amerika Syarikat menyerang Syria atas jenayah kemanusiaan yang dilakukannya.

 Takut nanti, Anwar pula dilihat sebagai penentang Amerika Syarikat, sudahlah Najib sedang memperolehi kelebihan kerana Obama datang ke negara ini pada waktu pemerintahannya.  Semua ini sudah tentu tidak baik untuk dasar luar Malaysia jika Anwar menjadi Perdana Menteri nanti.

Ini perlu diakui.  Lagipun, macamlah tentang rakyat Malaysia dapat mengubah pendirian Amerika Syarikat. 

Sejarah sudah membuktikan bahawa Amerika Syarikat tidak pernah peduli dengan ketetapan PBB atau pendirian negara kuasa besar yang lain jika mereka memutuskan untuk menyerang mana-mana negara, seperti pada tahun 2003 bila Amerika Syarikat dan sekutunya melanggar Iraq dan menumbangkan Saddam.

Maka itulah agaknya, pendirian Anwar mengenai kunjungan Obama ini begitu dinantikan sekali oleh rakyat Malaysia.  Dari situlah nanti, ketetapan seterusnya akan dibuat, sama ada untuk membantah atau pun menyokong.

Betul PAS menentang, tapi Anwar yang berhak buat keputusan bagi pihak Pakatan Rakyat.

No comments: