Twitter memang menjadi medium perhubungan utama untuk pimpinan Pakatan Rakyat berinteraksi dengan masyarakat, penyokong dan sebagainya.
Umum pun tahu, pemimpin seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, Lim Kit Siang dan lain-lain lagi, semuanya menggunakan Twitter untuk berinteraksi dengan rakyat atas pelbagai isu dalam negara.
Sehinggakan kalau aku katakan disini, kerana Pakatan Rakyatlah Twitter popular di Malaysia ini pun, tidak salah sebab memang itulah hakikatnya.
Jadi bila Twitter menerima kunjungan Najib ke ibu pejabat syarikat tersebut di San Francisco, Amerika Syarikat kelamrin, itu adalah satu tamparan yang cukup hebat kepada Pakatan Rakyat.
Aku rasa dari trending pengguna Twitter di Malaysia pun, Najib memanglah popular tapi bukan popular dengan sebab yang baik-baik, sebaliknya atas sebab yang tidak baik.
Twitter sepatutnya tahu tentang perkara ini dan menolak dari menerima kunjungan Najib ke ibu pejabat syarikat tersebut kerana ia sama seperti menghina pengguna Twitter di negara ini, terutama yang cenderung ke arah Pakatan Rakyat.
Ini tidak, bukan setakat menerima kunjungan Najib, Twitter juga membenarkan Najib bertweet dengan pengikutnya dari ibu pejabatnya yang mana punya kesan luas dari segi persepsi pengguna Twitter yang berjumlah lebih 1.7 juta orang terhadap Najib.
Justeru, aku mencadangkan kepada semua pengguna Twitter agar memboikot perkhidmatan tersebut pada satu hari yang akan ditetapkan Pakatan Rakyat kelak. Ini adalah sebagai tanda protes kita terhadap Twitter kerana menerima kunjungan pemimpin zalim seperti Najib.
Sebagai sebuah perkhidmatan yang bergantung sepenuhnya kepada jumlah pengguna untuk menjana keuntungan, aku yakin boikot yang bakal diadakan nanti, pasti boleh menyebabkan syarikat tersebut kerugian berjuta-juta dolar dalam transaksi untuk hari tersebut
Dan seterusnya menjadi peringatan kepada Twitter supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama di masa akan datang,
Jangan ingat tindakan ini tidak akan berjaya, Twitter, Facebook atau apa sahaja, semuanya bergantung kepada penerimaan umum. Tanpa pengguna, Twitter juga boleh menerima nasib seperti mana Friendster dan sebagainya.
1 comment:
alahh..tweter pun milik "diorang",,,AMENO pun BARUA "diorang"
Post a Comment