Entah apa masalahnya, sekarang ini sudah ada cubaan oleh pihak-pihak tertentu dalam UMNO yang mula mempertikaikan tarikh sebenar pejuang negara, Chin Peng meninggal dunia.
Seolah-olahnya wujud pakatan antara keluarga arwah dan pihak hospital di Thailand agar tarikh kematian Chin Peng dianjak ke tarikh 16 September yang juga merupakan hari Malaysia.
Aku katakan, ini semua tanggapan bodoh yang cuba dicipta UMNO untuk rakyat percaya. UMNO sudah tentu malu kerana tarikh kematian orang yang pernah dianggap sebagai musuh nombor satu negara ini, jatuh pada hari ulang tahun penubuhan Malaysia yang ke 50 yang dianggap keramat.
Walhal Chin Peng bukan menentang penubuhan Malaysia, tapi campur tangan penjajah dalam kerajaan Malaysia. Jadi soal dia nak mati 16 September atau tidak, apa yang UMNO kisah? Lainlah kalau UMNO nak jadi dewa tentukan bila orang sepatutnya mati.
Semua ini ternyata mengarut, diasaskan dari rasa kebencian yang sangat mendalam kepada Chin Peng dan perjuangannya. Ironinya, pemimpin-pemimpin UMNO dulu juga yang memutar belitkan sejarah sehingga rakyat nampak perjuangan komunis ini jahat.
Sehingga tarikh kematian Chin Peng pada 16 September yang menjadi sejarah baru negara ini pun nak diubah juga oleh UMNO. Nasib baik kematian ini berlaku di Thailand, dimana UMNO tidak ada kuasa untuk campur tangan.
Kalau tidak, tak tahulah apa akan jadi pada Chin Peng, mungkin pada waktu ini, arwah masih hidup dan hanya 'dimatikan' pada tarikh yang ditentukan UMNO.
Siapa tahu?
Kalau tidak, tak tahulah apa akan jadi pada Chin Peng, mungkin pada waktu ini, arwah masih hidup dan hanya 'dimatikan' pada tarikh yang ditentukan UMNO.
Siapa tahu?
Justeru, Pakatan Rakyat menyeru agar tidak ada sesiapa yang termakan dengan penipuan terbaru UMNO mengenai tarikh sebenar kematian Chin Peng.
Arwah memang meninggal dunia pada 16 September 2013 yang mana merupakan ulang tahun penubuhan Malaysia kali yang ke 50.
Itu adalah fakta yang tidak boleh dinafikan sesiapa. UMNO jangan fikir boleh membodohkan rakyat seperti mana yang mereka lakukan pada awal-awal dulu. Ketika itu semuanya mesti mengikut skrip UMNO, kalau UMNO kata komunis jahat, maka komunis jahatlah, kalau Chin Peng pengganas, Chin Peng pengganaslah.
Zaman ini semua orang boleh menjadi pakar sejarah, Internet kan ada.
No comments:
Post a Comment