Nampaknya pentadbiran Najib tidak lagi dapat menahan desakan dan kehendak rakyat yang mahu abu jenazah pejuang negara, Chin Peng yang dibakar hari ini, dibawa balik ke Malaysia untuk disemadikan mengikut selayaknya bagi seorang wira seperti beliau.
Aku mendapat maklumat dari sumber dalam Imigresen sendiri bahawa kerajaan akan meembawa balik abu tersebut secara rahsia dan kemudiannya ia akan disemadikan di makam khas yang bakal dibina di Setiawan, Perak (tempat kelahiran Chin Peng).
Bahkan khabarnya, kelulusan dari pihak berkuasa kesihatan pun telah diperolehi untuk membawa balik abu mayat itu ke sini.
Sudah tentu berita ini mengecewakan pihak-pihak berkaitan yang bersungguh tidak mahu abu jenazah Chin Peng dari dibawa pulang. Bagaimanapun, aku mendapat tahu, pihak-pihak ini tidak akan berdiam diri, malah akan mengambil peluang untuk membalas dendam dengan cara mencemarkan makam Chin Peng nanti.
Khabarnya ada persatuan-persatuan veteran tentera tertentu yang akan membuang najis masing-masing di atas makam Chin Peng sebagai simbolik menghinakan kematian pemimpin nombor satu Parti Komunis Malaya tersebut.
Maklumat seumpama ini tidak begitu mengejutkan kerana membuang najis di atas kubor orang lain, adalah salah satu cara menunjukkan penghinaan kepada si mati, lebih-lebih lagi di kalangan orang Melayu dan orang Asli yang menjadi majoriti di dalam kebanyakan persatuan veteran tentera di negara kita.
Pendek kata, ia memang sudah ada dalam DNA mereka, nak kata apa lagi?
Walaupun begitu, ia masih lagi perbuatan biadap perbuatan biadap yang kita percaya diokestrakan oleh UMNO Aku tidak nampak pihak mana yang gemar menghasut rakyat membuat kerja-kerja bodoh macam ini, melainkan UMNO.
Justeru, aku mencadangkan agar Pakatan Rakyat membatalkan hasrat untuk membawa balik abu dari jenazah Chin Peng kerana bimbang beliau akan dihina dan diperlakukan dengan jijik oleh para veteran tentera yang masih berdendam atas kematian rakan-rakan mereka sepanjang konfrantasi dengan pihak komunis dulu.
Chin Peng terlalu berjasa dan mulia untuk diperlakukan sedemikiann - walaupun dari segi fizikalnya, ia tidak memberikan apa-apa kesan kepada arwah Chin Peng. Tapi kita perlu ingat, keluarga Chin Peng masih ramai disini dan sanggupkah kita melihat mereka hidup dalam kehinaan akibat perbuatan biadap itu nanti?
Sudah tentu tidak.
Bagi menjaga kebajikan dan maruah keluarga Chin Peng, maka keputusan untuk tidak membawa abunya balik, adalah keputusan yang terbaik.
No comments:
Post a Comment