KUALA LUMPUR: Sebarang risikan yang dilakukan negara luar di dalam Malaysia wajib dikecam dan tidak dibenarkan terus berlaku, demi keselamatan ekonomi dan kedaulatan negara, tegas Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
Katanya, rakyat Malaysia malah dunia dikejutkan berita mutakhir dari 'whistleblower' Edward Snowden melalui Der Spiegel dan Sydney Morning Herald yang mendakwa risikan Amerika Syarikat menggunakan kedutaan-kedutaannya serta suruhanjaya-suruhanjaya tinggi milik Australia, termasuk kedutaan dan suruhanjaya tinggi kedua-dua negara di Kuala Lumpur.

“Operasi risikan ini didakwa dijalankan di bawah operasi "STATEROOM" dan turut melibatkan Britain dan Kanada. STATEROOM didakwa memintas maklumat radio, telekomunikasi, dan Internet, dan rata-rata aktiviti pintasan dilakukan tanpa pengetahuan duta-duta di kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, katanya Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia perlu memberi penjelasan tentang dakwaan itu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen dan Datuk Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah megecam tindakan risikan tersebut.
Pada masa yang sama, kata beliau Putrajaya perlu bertindak tegas dan menghantar nota bantahan kepada kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut, oleh sebab ada kemungkinan risikan itu diguna untuk kelebihan strategik negara-negara tersebut, lebih-lebih lagi tatkala Malaysia terlibat di dalam perbincangan berkaitan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).
“Risikan seperti ini telah pun berlaku, seperti yang dibangkitkan Kerajaan Timor Timur yang menyatakan risikan pihak Australia sebegini telah diguna untuk memintas komunikasi pejabat-pejabat kerajaan sewaktu perundingan rizab minyak dan gas di Timor Gap,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment