Thursday, October 31, 2013

Amanat Azizan: Benar atau palsu?

YAN: Macam macam cara nak menang di PRK Sungai Limau. Paling terbaru surat bekas ADUN Sungai Limau, Tan Sri Azizan Abdul Razak disebarkan oleh pihak BN. Kononnya surat itu ditulis oleh bekas Menteri Besar Kedah itu tiga minggu sebelum beliau meninggal dunia.

Sehingga kini kesahihan surat itu belum dipastikan. Yang menyampaikan amanat Azizan itu bernama Haji Shukri Haji Ismail. Usaha untuk menghubungi Haji Shukri itu sehingga kini gagal.

Dalam amanat itu, Azizan menulis: jika kita undi PAS, PKR dan DAP, samalah kita mengkhianati Islam kerana PAS dan PKR tunduk kepada DAP yang anti Islam.

Katanya lagi, di Kedah PAS merosakkan alam sekitar kerana pengambilan balak yang tidak terkawal dan maksiat di merata bandar kerana tunduk kepada DAP dalam pengeluaran lesen rumah urut.

Beliau mendakwa para pemimpin PAS bercakap kalimah Allah tetapi perbuatannya kerana syaitan.

“Oleh itu saya menyokong BN kerana BN sahaja yang membawa ajaran Islam yang betul,” katanya lagi.

Katanya, saya menyeru umat Islam di negara kita supaya menyokong BN dalam PRK Sungai Limau.

Surat ini sudah tersebar dalam Facebook tetapi sehingga sekarang Haji Shukri yang dikatakan saudara Azizan itu tidak dapat dikesan untuk pengesahan.

Pemerhati politik berpendapat bahawa surat ini palsu. Ia sengaja direka oleh pihak BN untuk menarik undi di atas pagar. Bagaimanapun, jika surat ini benar dan ia disahkan oleh Haji Shukri, mampukah ia menarik undi para penyokong PAS yang sudah sebati dengan PAS berpuluh tahun? Sama-samalah kita tunggu keputusan PRK Sungai Limau pada 4 November ini.

No comments: